Pages

::followers::

MOod ku..


Wednesday, May 18, 2011

Ibnul Qayyim berkata:

"Pertahankanlah bisikan yang berdetak agar tetap dihatimu, kalau tidak hal itu akan berubah menjadi buah fikiranmu.Bila tidak berubah, pertahankanlah semampumu agar ia tetap berada dalam fikiranmu. Dan kalau tidak mampu, ia akan menjadi nafsu berahi..
Kendalikan nafsu itu agar ia tertunduk dan jika tidak dijaga nescaya akan menjadi perbuatan maksiat. Kalau perbuatan maksiat itu tidak boleh dicegah, ia akan menjadi temanmu sebagai suatu kebiasaan dan adalah sulit bagi bagi manusia meninggalkan suatu kebiasaan...."

Monday, April 4, 2011

Seketika Bersama haiwan Comel...(^__^) Masya'Allah...


Hehe..Cuba try klik pada binatang ni..?? apa dia buat? best tak? (^^,)
huhu....sekadar hilangkan sedikit kepenatan melihat telatah hemster buatan mnusia ni..kadangkalanya merasa kagum..namun semuanya bermula daripada Allah..Dialah yang mengilhamkan kepada manusia untuk menciptakan sesuatu..
Alhamdulillah syukur ku masih lagi dapat bernafas ketika ini merasakan nikmat-Nya yang tak terhitung mmbuatkan ku kadangkala rasa malu bila diri mengeluh..
Allah..tempat pergantungan hanya pada-MU jua...(^_________^)

Thursday, February 10, 2011

Racun remaja Islam..




"Hari 'Kasih Sayang' datang lagi...!!

Putaran dunia menemui waktu-waktu yang bersisa menampakkan prosesnya sehingga masa yang dirasai terlalu singkat...akhirnya menemukan kita umat manusia semula pada tarikh keramat yang ditunggu-tunggu setiap pasangan atau istilah famousnya COUPLE..

14 FEBRUARI sekali lagi akan menjadi 'sejarah' buat para KEKASIH yang menuntut pengorbanan yang bakal diberikan kononnya demi merealisasikan 'Cinta Sejati'!! Apa dia Cinta Sejati itu dan apa pengorbanan itu?? Pengorbanan yang sehingga tergadai maruah diri, agama, ibubapa dan Islam itu sendiri sehingga berlaku pergaulan bebas, zina dan akhirnya kelahiran anak luar nikah dan lebih dashyat pembuangan anak!!! .Ucapan cinta yang manisnya mengalahkan gula daripada tebu dan madu mencairkan setiap individu yang terlibat dalam mengorbankan diri kerana cinta dan nafsu syahwat.. atau sebab tak faham agama??.. hari VAlentine pada tahun ini jatuh pada 14 Feb yang pada esoknya adalah Maulidur RAsul!!.. Dimanakah kita masa itu, menyambut Valentine or Mawlid Nabi??

Tidak dinafikan bahawa ketika Hari Valentine disambut, ia
memberi ruang atau membuka pintu zina sedangkan Allah SWT telah memerintahkan hamba-hamba-NYa agar menutup segala ruang yang membawa kepada perzinaan.. Firman-Nya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan" Surah Al-Isra: 32

Banyak umat Islam telah ditipu oleh budaya glamour Barat. Akhirnya umat Islam juga menjadi sasaran serangan pemikiran terutamanya golongan muda untuk merosakkan akidah.. Di antara simbol yang paling penting pada perayaan ini yang perlu kita tahu cara golongan2 muda yang menyambut perayaan ini iaitu:

1.Mengekspresikan sukacita dan kebahagiaan pada kesempatan ini, seperti pada festival lain mereka besar. Bertukar mawar merah, yang merupakan ekspresi cinta, "cinta spiritual" dari orang kafir atau "cinta" orang-orang Kristian. Oleh kerana itu dikenali mereka sebagai Pesta Lovers.

2. Menghantar kad ucapan. Pada beberapa kad ini adalah gambar dari "Cupid", yang muncul sebagai anak dengan dua sayap, membawa busur dan anak panah. Ini adalah dewa cinta Rom pagan Maha Tinggi Allah jauh di atas kejuruteraan mereka dan persatuan mereka orang lain dengan Dia.


3.Pertukaran kata-kata cinta dan keinginan dalam kad ucapan yang mereka hantar antara satu sama lain di dalam ayat, prosa dan frasa yang ringkas.Sesetengah kad mengandungi gambar lucu dan kata-kata lucu, dan mereka sering mengandungi frasa "menjadi Valentine saya". Ini merupakan konsep Kristian tentang festival ini setelah diambil dari konsep pagan.

Adakah kita tergolong dalam golongan itu atau golongan yang membantu kepada sambutan itu??

AStagfirullah................istighfar3

Bagi yang mengetahui hakikatnya haram menyambut HAri Valentine, sampaikanlah pada mereka yang tak mengetahuinya....

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAw serta kaum kerabat dan para sahabat baginda yang dimuliakan....Allah telah memilih bagi kita Islam sebagai agama kita dan Ia tidak akan menerima agama lain dari sesiapapun, sebagaimana Firman-NYa: "Dan barangsiapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima dari dia, dan di akhirat ia akan menjadi salah satu yang kalah" . Surah Ali 'Imran:85


Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)”. –Surah Al-Baqarah:120

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Diseru sekalian hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang hanya diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Perlu diketahui setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain..
Jadi sendiri menilainya.......semua dah besar..huhu. Wallahualam.






Wednesday, October 13, 2010

~...Cinta Di langit Gaza..Travelog aktivis Kemanusiaan...~

Seorang hamba Allah, dia bercerita....."...Lagi dari TINTA blog ku yang ingin ku kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian.... walaupun sejak akhir-akhir ni aku buzyLah katakan, disibukkan dengan 4K di kampus...( KULIAH, KAFE, KATIL, dan KOMPUTER ) namun ku luangkan jua masa ku untuk menelaah buku-buku yang membangkitkan SEMANGAT JIHAD untuk ku terus semai dalam diriku, diwakafkan buat Perjuangan membela ISLAM ...... Mesti persoalan ini sentiasa timbul buat mereka yg inginkan jawapan...Ada apa dengan Cinta...?? Terimbau pula lagu kumpulan Mestica feat In-Team yg brtajuk 'Kerana Cinta'...Apa pula kaitan dengan lagu ni...?? tak faham..tak faham? Lah....lagi 'ketika Cinta bertasbih' menjadi sebutan terutamanya para Remaja hatta ingin menjadikan watak2 yang ada sebagai idola...(dimana Rasulullah menjadi idola? tepuk dada tanya iman) huhu, xpe..biasalah tu...zaman dulu hingga zaman sekarang, manusia akan sentiasa terdedah dengan fenomena yang takda kesudahannya..malah menjadi fitrah...fenomena apa...??? Itulah dinamakan 'Fenomena Cinta'.....jadi??..huhu, 'Cinta Di langit Gaza' satu lagi penulisan buku daripada Ustad Riduan Mohamad Nor yang menjadi koleksi peribadi rak buku ku.. :-) ku belinya ketika mengikuti satu pertemuan Umat Islam (Ijtima' Tarbawi) di bumi Terengganu(dapat berjumpa dengan penulisnya lagi)...ianya amat bermakna setelah hampir separuh ku membacanya, baris demi baris ku cuba habiskan dengan menghayatinya diiringi setiap denyutan nadi yang masih diberikan dan diizinkan Allah untukku terus memiliki dan bernafas saat ini( Alhamdulillah)... Antara kata-kata MENARIK yang dipetik dalam buku ini menjadi pilihan buat JIWA yang sentiasa dahagakan peringatan ialah.." kesakitan adalah isyarat kematian disebalik rasa cinta Allah kepada manusia, sedikit kesakitan sebagai pengikis dosa semoga tidak di balas di akhirat. Kesakitan tidak semestinya berakhir dengan kematian, namun berada di serambi kematian yang sangat menginsafkan"...... lagi??

" Gaza...bermandi darah, di jerkah bom gila.. Gaza...sebaris peta ummah yang luka.. Gaza...air mata tumpat, disengat derita.. Gaza...tulang robek, raung tangis sendu duka.." itulah antara petikan yg boleh dikongsikan..
Dimana kalian semua saat Gaza merintih, Palestin merayu...?? Masih sibuk dengan angan-angan cinta manusia yang palsu, masih melekat dengan muzik(lagu-lagu cinta) yang melalaikan ?? Saudaramu seislam merayu. cintailah mereka, kasihlah mereka...kenang mereka dalam setiap doa kamu...!!! ..Cinta ku di langit Gaza..Gaza,Palestin..akan ku ingat dalam setiap doaku agar Allah tetap teguhkan hati-hati kita untuk terus memerangi Yahudi laknatullah...!! Takbir! Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakbar..!!

demikianlah cerita hamba Allah itu...rupanya cerita pasal buku je..ingat nak bahas panjanng sal cinta..mm, tunggulah..akan datang..insha'Allah..=)

Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud..!! Jaisyhu Muhammad Saufa Yahud (ingat, ingat yahudi tentang khaibar, ingat ingat yahudi tentang khaibar, tentera Muhammad akan datang!)

Yang Meninta...NUr Raudhah...=)


Friday, August 13, 2010

Di mana kedudukan puasa kita?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3
“Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus. Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.

Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al- Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”
Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa
al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan

6 perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T..

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
...
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta,
sangat suka memakan segala yang haram (rasuah
dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)

4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Akhir sekali, dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus
al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja?

~~...PENGHAYATAN RAMADHAN...~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum ya sahabat dan sahabiah. Bermulanya bulan puasa ni, terlalu banyak kita mendengar tentang keistimewaan Bulan Ramadhan. Namun, memperolehi keistimewaan dan ganjaran pahala yang Allah janjikan itu bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan bagi setiap umat islam apa lagi untuk dicapai melainkan dengan kesabaran dan istiqomah.~=)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah s.a.w.
bersabda: Maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Al-Nasa’i dan Ibn Huzaimah pula disambung lagi: “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”
Antara bekalan yang boleh diperolehi dari ibadat puasa:

• Sifat ikhlas:
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

• Mujadalah dan kekentalan jiwa:
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih
tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

• Sabar:
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

• Memelihara fizikal:
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

• Prihatin dan belas kasihan:
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

• Membuka hijab antara diri dengan Allah:
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

• Mengenali erti kejayaan sebenar:
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

• Rasa belas dan lemah lembut:
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

• Memperkukuhkan Kesatuan Ummah:
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adaah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

• Merapatkan hubungan dengan alam:
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

• Menjaga Masa:
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

• Kesihatan Tubuh Badan:
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat beribadah di bulan puasa dengan jayanya...~=)

Cabaran-cabaran semasa umat Islam

Mutakhir in umat Islam di seluruh dunia berdepan denganpelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini di kalangan umat Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah taala kepada umat Islam sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan. Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah sewajarnya umat Islam bermuhasabah diri dan menilai kembali diri mereka, iman dan Islam mereka, amal salih mereka, akhlak mereka dan corak kehidupan mereka, Apakah ia sudah betul-betul menepati ajaran Islam yang sebenarnya? Terdapat ramai ulama tersohor yang telah mengupas persoalan ini dalam buku-buku mereka bagi menjelaskan hakikat sebenarnya tentang musibah yang menimpa umat Islam. Antaranya Abu al-Hasan 'Al i al-Nadwi Sheikh Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, dan Mustafa
Mahmud.

Yusuf al-Qaradawi (1985) pernah menyimpulkan keadaan umat Islam dengan katanya:
i) umat yang lupa din, padahal mereka adalah umat yang terbaik,
ii) umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material,
iii) umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan tidak berdaya,
iv) umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi,
v) umat yang kuantitinya belum berguna walaupun
jumlahnya besar,
vi) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani,
vii) umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong pembinaan sahsiah umat Islam.

Sehubungan itu, Muhammad Qutb dalam bukunya Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal at- Alam al-Islamiyy berpendapat bahawa umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi. Kedudukan wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau matlamat yag dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak terlaksana melainkan dengan wasilah tersebut, maka wasilah tersebut dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya. Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya mereka masih lagi bergantung hash l makanan dari ehsan golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Bagaimana pula umat Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh Islam?(Muhammad Qutb 1991). Mengapa umat manusia yang lain dapat menikmati hasil mahsul bumi yang melimpah ruah tersebut, manakala umat Islam pula masih lagi dalam keadaan merempat, kemiskinan dan ketinggalan di mana hasil kekayaan di bumi mereka dirampas musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991). Padahal, Allah taala telah mencipta bumi yang terbentang luas
ini untuk kegunaan dan kemudahan sekalian makhluk Allah taala yang menghuni alam ini. Allah taala berfirman dalam
surah Al -Mulk, ayat 15 yang bermaksud: Dialah yang
menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dad
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allahlah
jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-
Nya).

Akhirnya, Muhammad Qutb telah mendedahkan punca sebenar kelemahan umat Islam kini pada hakikatnya merupakan satu hukuman Ilahi yang dijatuhkan Allah taala kepada umat Islam akibat kelalaian dan kecuaian mereka sendiri. Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka meminggirkan Islam dari realiti kehidupan semasa. Inibertepatan dengan firman Allah taala dalam surah Taha, ayat
124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta.


PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang umat Islam di Malaysia, maka penyelesaian yang ampuh wajar dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat Islam sering mendengar seruan daripada pelbagai pihak supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah. Persoalannya
sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah tersebut?

penyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim agar terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut kehidupan ummah.

1) Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan berat untuk menangani kes kemelut akidah, tambahan pula krisis akidah yang melanda masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya
dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama.

2) Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu diberi perhatian.
a) Pada peringkat pendidikan Islam yang dikendalikan pihak di luar sistem formal yang memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut kurikulum, metodologi , buku teks, lat ihan keguruan, proses peni laian, kewangan dan pengurusan. Kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera supaya selaras dengan objektif pendidikan asas untuk melahirkan sumber modal insan bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai cabaran semasa.
b) Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat secara komprehensif dalam sistem pendidikan
Islam yang formal. Apakah asas agama yang di tawarkan mampu memberikan kesan penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini kerana banyak asas syariah menyentuh perkara ghaib. Memberi faham perkara ghaib ini memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11 tahun itu akan mampu memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.

3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:
a) Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
b) Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid dan surau supaya umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu Islam
c) Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan universi t i . Ini kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan sosio-ekonomi tertentu. Sebaliknya tradisi pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua anggota masyarakat.

Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani arus cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini: ia menuntut penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh dalam set iap aspek kehidupan dalam usaha untuk
memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan umat pertengahan di muka bumi Allah ni.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PhD.
Pensyarah dan Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA
Gong Badak, Kuala Terengganu