::followers::

MOod ku..


Thursday, September 17, 2015

Crown Ambassador bukan Angan-angan Mat Jenin..its True if u want.=)

Assalamualaikum semua..

Moga semua dalam sihat sejahtera.. Saya bukanlah seorang penulis tegar.. Update blog pun kadang-kadang je.. Dalam tahun ni, ni kali pertama jenguk blog sendiri yang lama tak berpenghuni..hehehe..

Untuk post kali ni, New post, new story..new desire n new dream...Orait..? ,

Saya saja gelarkan Princess Ambassador untuk diri saya.. Tapi saya tak princess pun.. hehe.. Korang nak tau ke Ada apa dengan Ambassador ni? huhu..

Ambassador is the meaning of Duta..

Agak-agak senang ke nak jadi 'Ambassador' ni? Kadang-kadang ada pihak yang suka artis dijadikan sebagai duta Produk atau called Brand Ambassador dengan tujuan melariskan barang. Padahal hakikatnya mereka tak guna pun produk yang mereka 'Dutakan' tu..Dustakan adalah..haha..

Orang yang selayaknya dipanggil duta adalah orang yg diberikan pentauliahan oleh Negara mewakili negara di negara asing.. Dah, jangan pening pening..baca sampai habis..=P

Sebenarnya, bukan semudahnya atau sewenang-wenangnya seseorang boleh peroleh gelaran duta ni..
Ada beberapa method yang kena lalui ..Susah juga wo.. Calon Duta biasanya dikenal pasti di kalangan pegawai-pegawai. Kena bertugas luar negara 2-3 kali, naik pangkat up sikit until 10-15 tahun, baru ada chance untuk pencalonan..belum cerita pasal pentauliahan lagi..huhu..tak semudah di sangka okay..

Cuma yang menariknya ada satu World Company yang menggunakan rank Ambassador. Even orang yang mendapat gelaran tu pun sebenarnya tak memiliki pendidikan yang tertinggi..Pendidikannya sampai darjah 4 sahaja..who's like to know about him ? boleh klik link ni..Crown Ambassador Jose Ardon


His name is Jose Ardon.. and one world know he's Crown Ambassador..He got the title with he effort n desire yang kuat untuk ubah kehidupan..So, why not us jadikan dia sebagai inspirasi.. adakah kita yang belajar setakat diploma, ijazah ni tak layak dapat gelaran tu? semestinya boleh..hehe.. sapa nak tau, boleh call je lah number ni.. 017-7336671 (linda).

Daripada jadi Duta produk ntah tak pakai atau guna pun, baik dapatkan dengan sebab usaha dan kita memang gunakannya.. It's easy, it's simple, it's coffee.. (Tiba-tiba plak..)


Satu hari nanti saya juga akan dapat Gelaran tu.. kaya itu perlu untuk bantu yang miskin dan mewariskan kesenangan pada anak cucu.

takkanlah kita nak wariskan kesusahan pada keturunan kita.. Yang penting Hidup Kaya Kenalah berTuhan....>__<



Dahh..jumpa lagi.. next story, coffee sihat..=)

Tuesday, October 14, 2014

Setelah Sekian Lama

~Di Persinggahan Dunia~

Assalamualaikum w.b.t buat semua yang sahabat,kawan,rakan dan teman2..Semoga dalam sihat hendaknya. ^___^  .Alhamdulillah syukur kerana saat ini saya masih lagi dipinjamkan oleh Allah nikmat hidup dan Islam..Terima Kasih Ya Allah..

         Setelah sekian lama menyepi hampir 3 tahun,(2012,2013,2014 pun hampir melabuhkan tirainya) selama itu jugalah blog saya berhenti beroperasi.. Namun, masih ada 'jodoh' yang kuat antara kami..Akhirnya saya masih lagi berkesempatan berkongsi coretan hati untuk dikongsi bersama kalian semua.. Moga entry sebelum ini dan akan datang insha'allah bermanfaat buat semua..

              Jadi, apa yang saya akan kongsikan pada kalian untuk entry kali ni??? Tunggulah next.. i will be update for u alls... (Broken English!!) Haha.. 

#Bilalahnakamikmuetni

Assalam..


Tuesday, February 7, 2012

~Berperang dengan NAFSU dulu!~


Realiti manusia yang tenggelam dengan nafsu....

Kalau dahulu, dan sekarang kita tahu "perangi nafsu" hanya diketahui ia dikaitkan dengan Bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan kita akan diuji dengan kelaparan, kehausan, kepenatan dan sebagainya di atas kewajipan kita berpuasa..Hanya orang-orang yang tetap bersabar menahan nafsulah akan mampu mengatasinya.

Tapi penulis blog ni tak bincangkan sal bulan ramadhan, cuma nak berkongsi..

Hamba ALLah 1: "argh..asyik asyik nafsu, takde bende lain ke nak cakap, bosanlah..setiap orang tahulah diri dia, tahulah dia menjaganya..dan aku tahu jaga nafsu aku."

Wait! kenalkah kita dengan nafsu kita?

Hamba Allah 2: "Orang Islam tak kan menang dan selalu sahaja akan tewas dengan panahan dunia andainya tak melawan nafsunya dahulu"

Hakikatnya umat Islam hari ini semakin jauh daripada Islam kerana nafsu yang tak dibendung..Umat Islam sedar musuh Islam yang utama adalah Syaitan dan Iblis, Nasrani dan Yahudi, tapi musuh yang paling jahat dan kita lupa keberadaannya yang paling dekat dengan diri adalah nafsu yang menjadi raja sehingga mengatasi akal..

Hamba Allah 3: "Kita harus berjuang dan berjuang menegakkan Islam..itu adalah tanggungjawab untuk kita berdakwah..."

Huh.......
Daie juga boleh kecundang sebab nafsu. Sehinggalah suatu masa seorang daie diuji mengenai apa yang pernah dilaung2kannya dulu, akhirnya tewas dan futur dalam perjuangan juga kerana dia lupa untuk memerangi nafsunya terlebih dahulu...

Tahu tak kenapa umat Islam selalu berpecah belah...

Nak salahkan pemimpin tak reti mentadbir negara kah?
Nak salahkan ibubapa tak mendidik anak dengan agama kah?
Nak salahkan guru tak mengajar dengan tulus kah?
Nak salahkan kakak, abang, segala kaum kerabat kah?

or...

nak salahkan penulis blog ni..?

Opps...

Akhir zaman yang sarat dengan fitnah..

Kerana nafsulah, pemimpin tak adil, derhaka pada ibu dan ayah, terpedaya dengan kecantikan wanita, pergaulan bebas terjadi, berlaku penzinaan, anak bunuh mak, isteri bunuh suami, kuat makan, kuat tidur, tak takut dosa kecik ke besar, tewas dalam perjuangan, makan hati, lupa diri, lalai dengan solat, leka dengan dunia, boros dan seumpamanya.masalah hatiii,.itu semua adalah kerana NAFSUU!!! macamna Islam nak menang?!

Wake up! bangkitlah daripada tidurmu dan kelalaian duniamu agar kau sedar tentang tanggungjawab pada agama dan berjihad melawan musuh agar mampu untuk menentang musuhmu yang lain..

Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang berjihad itu adalah mereka yang berjihad menentang nafsunya" (Riwayat Al-Bukhari)

Wallahua'alam...

Peringatan sesama kita, semoga bermanfaat..

Sunday, February 5, 2012

~Ku tak Mahu cintaku Bermusim~

Salam Maulidur Rasul 1433h

Assalamualaikum..w.b.t pembaca blog ku yang dirahmati Allah..

Terima kasihlah atas kesudian kalian membaca sedikit pengisian daripada tinta elektronik melalui ilham atas keizinanNYa jua... Setelah sekian lama tak menjenguk dunia internet, sekali sekala dapat juga ku luangkan masa untuk update blog ku yang kesepian dengan perkongsian ilmu....

Sempena dengan ulang tahun kelahiran kekasih agung Allah SWT iaitu Rasulullah pada tahun 1433H ini, tidak mahu jua aku ketinggalan di antara ribuan bahkan jutaan umat Rasulullah untuk turut sama menyambut dan memberitakan sebagai tanda kasih sayang ku yang tak berbelah bagi padanya...Walaupun tidaklah sebesar mana dan ianya tidak bermusim, cukuplah bagiku untuk ku mengingati Baginda dengan berselawat.. Allahumma solli ala Muhammad..

Kami merinduimu Rasulullah...

Insan yang tidak merasa diri ini layak untuk bertemu Baginda, kadangkala hadir jua rasa cemburu dan sedih di hati ini tatkala melihat dan membaca pengalaman saudara/ri seislam yang bertuah dipilih Allah apabila dapat bertemu dan melihat Rasulullah di dalam mimpi dgn izin Allah SWT..Terlalu banyak sirah mengenai Baginda yang sememangnya mengalirkan airmata melihat sejarah pengorbanan yang dibawa oleh Rasulullah untuk umatnya terlalu besar..

Seandainya memperingati Rasulullah itu hanya pada hari kelahiran saja, ianya tidak mencukupi menjadi bukti kecintaan pada Baginda seandainya diri tak pernah meneladani sirah baginda..itu hanyalah cinta yang bermusim..Nauzubillah Layakkah bertemu dan memohon syafaat daripada baginda? semoga Rasulullah mengenali umatnya di akhirat kelak..Ku harapkan agar diri menjadi sebahagian orang yang bertuah bertemu denganmu Rasulullah walaupun cinta ku tak sebesar asalkan cintaku tak bermusim dan semoga berpanjangan sehingga ajal menjemput......

Saudara seislamku..semoga cintamu tidak bermusim..............Lau kana Bainana..



Wallahualam.


~Musafir Ku Penuh Ranjau~


Assalamualaikum. WBT..


~Di Persinggahan Dunia~

Duhai Hamba Allah....sekiranya kau merasa sunyi dalam jalan dakwah, ingatlah pada Allah Ya Zohir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia yg tercatat dan menjadi rahsia abadi-Nya Ya Bathin(Yang Tersembunyi) di Loh Mahfuz..Dia amat dekat kepada kita, lebih dekat dari urat leher kita sndiri....Dia sentiasa berada disisimu ketika kau kesunyian dan kebuntuan, ketika kau tidak dipedulikan oleh org lain..janganlah merasa gusar bimbang dan sedih tatkala kau kecewa kerana cinta manusia yang tak kekal kerana ada Allah Ya Mukmin( Pengaman) yang akn memberi kau rasa aman dan tenang dalam perjalanan musafirmu sebagai daie...

Sesungguhnya manusia itu sentiasa diuji Allah swt.semakin hebat hambaNya diuji semakin tinggi kasih sayang Allah dan rahmatNYa kepada manusia yang terpilih untuk di uji.. Beruntunglah orang-orang yang meletakkan dirinya menjadi sebahagian tentera-tentera Allah yang sanggup berkorban harta dan jiwa untuk agama Allah.. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau saya tunjukkan kepadamu semua akan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan? Yaitu supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan pula berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau semua mengetahui.
`
Allah juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn - kesenangan yang kekal - dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar.
`
Ada pula pemberian-pemberian yang Iain-Iain yang engkau semua mencintainya, yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (as-Shaf: 10-13)

Wallahualam...

~Cinta Ilahi~


Assalamualaikum pembaca blog ku...



~Di Persinggahan Dunia~

Manusia yang dciptakan oleh Allah Ya Kholiq Yang Maha Pencipta, sesungguhnya kita ini akan kembali padaNya Allah Ya Mu'id Yang Mengembalikan dan kelak akan dihitung olehNYa Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan segala perbuatan kita di dunia untuk dibalas di akhirat.. Bersama2lah kita berjalan di atas permaidani makrifatullah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita dan mengikut petunjuk Ya Hadi Yang Memberi Ptunjuk..Wallahualam..

Friday, May 27, 2011

~...Azab Bagi Wanita....~

Assalamualaikum.....
Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal) Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah .
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan
digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.


Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


Ampunkan Dosa-dosa kami YA Allah....