Pages

::followers::

MOod ku..


Tuesday, February 7, 2012

~Berperang dengan NAFSU dulu!~


Realiti manusia yang tenggelam dengan nafsu....

Kalau dahulu, dan sekarang kita tahu "perangi nafsu" hanya diketahui ia dikaitkan dengan Bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan kita akan diuji dengan kelaparan, kehausan, kepenatan dan sebagainya di atas kewajipan kita berpuasa..Hanya orang-orang yang tetap bersabar menahan nafsulah akan mampu mengatasinya.

Tapi penulis blog ni tak bincangkan sal bulan ramadhan, cuma nak berkongsi..

Hamba ALLah 1: "argh..asyik asyik nafsu, takde bende lain ke nak cakap, bosanlah..setiap orang tahulah diri dia, tahulah dia menjaganya..dan aku tahu jaga nafsu aku."

Wait! kenalkah kita dengan nafsu kita?

Hamba Allah 2: "Orang Islam tak kan menang dan selalu sahaja akan tewas dengan panahan dunia andainya tak melawan nafsunya dahulu"

Hakikatnya umat Islam hari ini semakin jauh daripada Islam kerana nafsu yang tak dibendung..Umat Islam sedar musuh Islam yang utama adalah Syaitan dan Iblis, Nasrani dan Yahudi, tapi musuh yang paling jahat dan kita lupa keberadaannya yang paling dekat dengan diri adalah nafsu yang menjadi raja sehingga mengatasi akal..

Hamba Allah 3: "Kita harus berjuang dan berjuang menegakkan Islam..itu adalah tanggungjawab untuk kita berdakwah..."

Huh.......
Daie juga boleh kecundang sebab nafsu. Sehinggalah suatu masa seorang daie diuji mengenai apa yang pernah dilaung2kannya dulu, akhirnya tewas dan futur dalam perjuangan juga kerana dia lupa untuk memerangi nafsunya terlebih dahulu...

Tahu tak kenapa umat Islam selalu berpecah belah...

Nak salahkan pemimpin tak reti mentadbir negara kah?
Nak salahkan ibubapa tak mendidik anak dengan agama kah?
Nak salahkan guru tak mengajar dengan tulus kah?
Nak salahkan kakak, abang, segala kaum kerabat kah?

or...

nak salahkan penulis blog ni..?

Opps...

Akhir zaman yang sarat dengan fitnah..

Kerana nafsulah, pemimpin tak adil, derhaka pada ibu dan ayah, terpedaya dengan kecantikan wanita, pergaulan bebas terjadi, berlaku penzinaan, anak bunuh mak, isteri bunuh suami, kuat makan, kuat tidur, tak takut dosa kecik ke besar, tewas dalam perjuangan, makan hati, lupa diri, lalai dengan solat, leka dengan dunia, boros dan seumpamanya.masalah hatiii,.itu semua adalah kerana NAFSUU!!! macamna Islam nak menang?!

Wake up! bangkitlah daripada tidurmu dan kelalaian duniamu agar kau sedar tentang tanggungjawab pada agama dan berjihad melawan musuh agar mampu untuk menentang musuhmu yang lain..

Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang berjihad itu adalah mereka yang berjihad menentang nafsunya" (Riwayat Al-Bukhari)

Wallahua'alam...

Peringatan sesama kita, semoga bermanfaat..

Sunday, February 5, 2012

~Ku tak Mahu cintaku Bermusim~

Salam Maulidur Rasul 1433h

Assalamualaikum..w.b.t pembaca blog ku yang dirahmati Allah..

Terima kasihlah atas kesudian kalian membaca sedikit pengisian daripada tinta elektronik melalui ilham atas keizinanNYa jua... Setelah sekian lama tak menjenguk dunia internet, sekali sekala dapat juga ku luangkan masa untuk update blog ku yang kesepian dengan perkongsian ilmu....

Sempena dengan ulang tahun kelahiran kekasih agung Allah SWT iaitu Rasulullah pada tahun 1433H ini, tidak mahu jua aku ketinggalan di antara ribuan bahkan jutaan umat Rasulullah untuk turut sama menyambut dan memberitakan sebagai tanda kasih sayang ku yang tak berbelah bagi padanya...Walaupun tidaklah sebesar mana dan ianya tidak bermusim, cukuplah bagiku untuk ku mengingati Baginda dengan berselawat.. Allahumma solli ala Muhammad..

Kami merinduimu Rasulullah...

Insan yang tidak merasa diri ini layak untuk bertemu Baginda, kadangkala hadir jua rasa cemburu dan sedih di hati ini tatkala melihat dan membaca pengalaman saudara/ri seislam yang bertuah dipilih Allah apabila dapat bertemu dan melihat Rasulullah di dalam mimpi dgn izin Allah SWT..Terlalu banyak sirah mengenai Baginda yang sememangnya mengalirkan airmata melihat sejarah pengorbanan yang dibawa oleh Rasulullah untuk umatnya terlalu besar..

Seandainya memperingati Rasulullah itu hanya pada hari kelahiran saja, ianya tidak mencukupi menjadi bukti kecintaan pada Baginda seandainya diri tak pernah meneladani sirah baginda..itu hanyalah cinta yang bermusim..Nauzubillah Layakkah bertemu dan memohon syafaat daripada baginda? semoga Rasulullah mengenali umatnya di akhirat kelak..Ku harapkan agar diri menjadi sebahagian orang yang bertuah bertemu denganmu Rasulullah walaupun cinta ku tak sebesar asalkan cintaku tak bermusim dan semoga berpanjangan sehingga ajal menjemput......

Saudara seislamku..semoga cintamu tidak bermusim..............Lau kana Bainana..



Wallahualam.


~Musafir Ku Penuh Ranjau~


Assalamualaikum. WBT..


~Di Persinggahan Dunia~

Duhai Hamba Allah....sekiranya kau merasa sunyi dalam jalan dakwah, ingatlah pada Allah Ya Zohir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia yg tercatat dan menjadi rahsia abadi-Nya Ya Bathin(Yang Tersembunyi) di Loh Mahfuz..Dia amat dekat kepada kita, lebih dekat dari urat leher kita sndiri....Dia sentiasa berada disisimu ketika kau kesunyian dan kebuntuan, ketika kau tidak dipedulikan oleh org lain..janganlah merasa gusar bimbang dan sedih tatkala kau kecewa kerana cinta manusia yang tak kekal kerana ada Allah Ya Mukmin( Pengaman) yang akn memberi kau rasa aman dan tenang dalam perjalanan musafirmu sebagai daie...

Sesungguhnya manusia itu sentiasa diuji Allah swt.semakin hebat hambaNya diuji semakin tinggi kasih sayang Allah dan rahmatNYa kepada manusia yang terpilih untuk di uji.. Beruntunglah orang-orang yang meletakkan dirinya menjadi sebahagian tentera-tentera Allah yang sanggup berkorban harta dan jiwa untuk agama Allah.. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau saya tunjukkan kepadamu semua akan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan? Yaitu supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan pula berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau semua mengetahui.
`
Allah juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn - kesenangan yang kekal - dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar.
`
Ada pula pemberian-pemberian yang Iain-Iain yang engkau semua mencintainya, yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (as-Shaf: 10-13)

Wallahualam...

~Cinta Ilahi~


Assalamualaikum pembaca blog ku...



~Di Persinggahan Dunia~

Manusia yang dciptakan oleh Allah Ya Kholiq Yang Maha Pencipta, sesungguhnya kita ini akan kembali padaNya Allah Ya Mu'id Yang Mengembalikan dan kelak akan dihitung olehNYa Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan segala perbuatan kita di dunia untuk dibalas di akhirat.. Bersama2lah kita berjalan di atas permaidani makrifatullah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita dan mengikut petunjuk Ya Hadi Yang Memberi Ptunjuk..Wallahualam..