Pages

::followers::

MOod ku..


Sunday, February 5, 2012

~Ku tak Mahu cintaku Bermusim~

Salam Maulidur Rasul 1433h

Assalamualaikum..w.b.t pembaca blog ku yang dirahmati Allah..

Terima kasihlah atas kesudian kalian membaca sedikit pengisian daripada tinta elektronik melalui ilham atas keizinanNYa jua... Setelah sekian lama tak menjenguk dunia internet, sekali sekala dapat juga ku luangkan masa untuk update blog ku yang kesepian dengan perkongsian ilmu....

Sempena dengan ulang tahun kelahiran kekasih agung Allah SWT iaitu Rasulullah pada tahun 1433H ini, tidak mahu jua aku ketinggalan di antara ribuan bahkan jutaan umat Rasulullah untuk turut sama menyambut dan memberitakan sebagai tanda kasih sayang ku yang tak berbelah bagi padanya...Walaupun tidaklah sebesar mana dan ianya tidak bermusim, cukuplah bagiku untuk ku mengingati Baginda dengan berselawat.. Allahumma solli ala Muhammad..

Kami merinduimu Rasulullah...

Insan yang tidak merasa diri ini layak untuk bertemu Baginda, kadangkala hadir jua rasa cemburu dan sedih di hati ini tatkala melihat dan membaca pengalaman saudara/ri seislam yang bertuah dipilih Allah apabila dapat bertemu dan melihat Rasulullah di dalam mimpi dgn izin Allah SWT..Terlalu banyak sirah mengenai Baginda yang sememangnya mengalirkan airmata melihat sejarah pengorbanan yang dibawa oleh Rasulullah untuk umatnya terlalu besar..

Seandainya memperingati Rasulullah itu hanya pada hari kelahiran saja, ianya tidak mencukupi menjadi bukti kecintaan pada Baginda seandainya diri tak pernah meneladani sirah baginda..itu hanyalah cinta yang bermusim..Nauzubillah Layakkah bertemu dan memohon syafaat daripada baginda? semoga Rasulullah mengenali umatnya di akhirat kelak..Ku harapkan agar diri menjadi sebahagian orang yang bertuah bertemu denganmu Rasulullah walaupun cinta ku tak sebesar asalkan cintaku tak bermusim dan semoga berpanjangan sehingga ajal menjemput......

Saudara seislamku..semoga cintamu tidak bermusim..............Lau kana Bainana..



Wallahualam.


2 comments:

  1. saudari,alhmdullah post saudari kembali mengingatkan sy..alhamdulillah..semoga perjuangan saudari diteruskan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..peringatan sesama kita ukhti ku..insha'allah..

    ReplyDelete