Pages

::followers::

MOod ku..


Tuesday, February 7, 2012

~Berperang dengan NAFSU dulu!~


Realiti manusia yang tenggelam dengan nafsu....

Kalau dahulu, dan sekarang kita tahu "perangi nafsu" hanya diketahui ia dikaitkan dengan Bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan kita akan diuji dengan kelaparan, kehausan, kepenatan dan sebagainya di atas kewajipan kita berpuasa..Hanya orang-orang yang tetap bersabar menahan nafsulah akan mampu mengatasinya.

Tapi penulis blog ni tak bincangkan sal bulan ramadhan, cuma nak berkongsi..

Hamba ALLah 1: "argh..asyik asyik nafsu, takde bende lain ke nak cakap, bosanlah..setiap orang tahulah diri dia, tahulah dia menjaganya..dan aku tahu jaga nafsu aku."

Wait! kenalkah kita dengan nafsu kita?

Hamba Allah 2: "Orang Islam tak kan menang dan selalu sahaja akan tewas dengan panahan dunia andainya tak melawan nafsunya dahulu"

Hakikatnya umat Islam hari ini semakin jauh daripada Islam kerana nafsu yang tak dibendung..Umat Islam sedar musuh Islam yang utama adalah Syaitan dan Iblis, Nasrani dan Yahudi, tapi musuh yang paling jahat dan kita lupa keberadaannya yang paling dekat dengan diri adalah nafsu yang menjadi raja sehingga mengatasi akal..

Hamba Allah 3: "Kita harus berjuang dan berjuang menegakkan Islam..itu adalah tanggungjawab untuk kita berdakwah..."

Huh.......
Daie juga boleh kecundang sebab nafsu. Sehinggalah suatu masa seorang daie diuji mengenai apa yang pernah dilaung2kannya dulu, akhirnya tewas dan futur dalam perjuangan juga kerana dia lupa untuk memerangi nafsunya terlebih dahulu...

Tahu tak kenapa umat Islam selalu berpecah belah...

Nak salahkan pemimpin tak reti mentadbir negara kah?
Nak salahkan ibubapa tak mendidik anak dengan agama kah?
Nak salahkan guru tak mengajar dengan tulus kah?
Nak salahkan kakak, abang, segala kaum kerabat kah?

or...

nak salahkan penulis blog ni..?

Opps...

Akhir zaman yang sarat dengan fitnah..

Kerana nafsulah, pemimpin tak adil, derhaka pada ibu dan ayah, terpedaya dengan kecantikan wanita, pergaulan bebas terjadi, berlaku penzinaan, anak bunuh mak, isteri bunuh suami, kuat makan, kuat tidur, tak takut dosa kecik ke besar, tewas dalam perjuangan, makan hati, lupa diri, lalai dengan solat, leka dengan dunia, boros dan seumpamanya.masalah hatiii,.itu semua adalah kerana NAFSUU!!! macamna Islam nak menang?!

Wake up! bangkitlah daripada tidurmu dan kelalaian duniamu agar kau sedar tentang tanggungjawab pada agama dan berjihad melawan musuh agar mampu untuk menentang musuhmu yang lain..

Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang berjihad itu adalah mereka yang berjihad menentang nafsunya" (Riwayat Al-Bukhari)

Wallahua'alam...

Peringatan sesama kita, semoga bermanfaat..

No comments:

Post a Comment