Pages

::followers::

MOod ku..


Wednesday, October 13, 2010

~...Cinta Di langit Gaza..Travelog aktivis Kemanusiaan...~

Seorang hamba Allah, dia bercerita....."...Lagi dari TINTA blog ku yang ingin ku kongsikan kepada sahabat-sahabat sekalian.... walaupun sejak akhir-akhir ni aku buzyLah katakan, disibukkan dengan 4K di kampus...( KULIAH, KAFE, KATIL, dan KOMPUTER ) namun ku luangkan jua masa ku untuk menelaah buku-buku yang membangkitkan SEMANGAT JIHAD untuk ku terus semai dalam diriku, diwakafkan buat Perjuangan membela ISLAM ...... Mesti persoalan ini sentiasa timbul buat mereka yg inginkan jawapan...Ada apa dengan Cinta...?? Terimbau pula lagu kumpulan Mestica feat In-Team yg brtajuk 'Kerana Cinta'...Apa pula kaitan dengan lagu ni...?? tak faham..tak faham? Lah....lagi 'ketika Cinta bertasbih' menjadi sebutan terutamanya para Remaja hatta ingin menjadikan watak2 yang ada sebagai idola...(dimana Rasulullah menjadi idola? tepuk dada tanya iman) huhu, xpe..biasalah tu...zaman dulu hingga zaman sekarang, manusia akan sentiasa terdedah dengan fenomena yang takda kesudahannya..malah menjadi fitrah...fenomena apa...??? Itulah dinamakan 'Fenomena Cinta'.....jadi??..huhu, 'Cinta Di langit Gaza' satu lagi penulisan buku daripada Ustad Riduan Mohamad Nor yang menjadi koleksi peribadi rak buku ku.. :-) ku belinya ketika mengikuti satu pertemuan Umat Islam (Ijtima' Tarbawi) di bumi Terengganu(dapat berjumpa dengan penulisnya lagi)...ianya amat bermakna setelah hampir separuh ku membacanya, baris demi baris ku cuba habiskan dengan menghayatinya diiringi setiap denyutan nadi yang masih diberikan dan diizinkan Allah untukku terus memiliki dan bernafas saat ini( Alhamdulillah)... Antara kata-kata MENARIK yang dipetik dalam buku ini menjadi pilihan buat JIWA yang sentiasa dahagakan peringatan ialah.." kesakitan adalah isyarat kematian disebalik rasa cinta Allah kepada manusia, sedikit kesakitan sebagai pengikis dosa semoga tidak di balas di akhirat. Kesakitan tidak semestinya berakhir dengan kematian, namun berada di serambi kematian yang sangat menginsafkan"...... lagi??

" Gaza...bermandi darah, di jerkah bom gila.. Gaza...sebaris peta ummah yang luka.. Gaza...air mata tumpat, disengat derita.. Gaza...tulang robek, raung tangis sendu duka.." itulah antara petikan yg boleh dikongsikan..
Dimana kalian semua saat Gaza merintih, Palestin merayu...?? Masih sibuk dengan angan-angan cinta manusia yang palsu, masih melekat dengan muzik(lagu-lagu cinta) yang melalaikan ?? Saudaramu seislam merayu. cintailah mereka, kasihlah mereka...kenang mereka dalam setiap doa kamu...!!! ..Cinta ku di langit Gaza..Gaza,Palestin..akan ku ingat dalam setiap doaku agar Allah tetap teguhkan hati-hati kita untuk terus memerangi Yahudi laknatullah...!! Takbir! Allahuakhbar..Allahuakhbar..Allahuakbar..!!

demikianlah cerita hamba Allah itu...rupanya cerita pasal buku je..ingat nak bahas panjanng sal cinta..mm, tunggulah..akan datang..insha'Allah..=)

Khaibar! Khaibar! Khaibar Ya Yahud..!! Jaisyhu Muhammad Saufa Yahud (ingat, ingat yahudi tentang khaibar, ingat ingat yahudi tentang khaibar, tentera Muhammad akan datang!)

Yang Meninta...NUr Raudhah...=)


Friday, August 13, 2010

Di mana kedudukan puasa kita?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Imam Ghazali dalam kitabnya ‘Ihya Ulumiddin’ menyebut :3
“Puasa ada tiga kedudukan: puasa al-umum, puasa al-khusus dan puasa khusus al-khusus. Puasa al-umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat.

Puasa al-khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puasa khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang akan dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir dari sikap kurang percaya kepada pemberian Allah dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al- Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.”
Menurut Imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa
al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan

6 perkara iaitu:

1. Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T..

2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.

3. Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:
...
Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta,
sangat suka memakan segala yang haram (rasuah
dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)

4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.

6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

Akhir sekali, dikedudukan mana puasa kita? Puasa khusus
al-khusus, puasa al-khusus atau sekadar puasa al-umum sahaja?

~~...PENGHAYATAN RAMADHAN...~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum ya sahabat dan sahabiah. Bermulanya bulan puasa ni, terlalu banyak kita mendengar tentang keistimewaan Bulan Ramadhan. Namun, memperolehi keistimewaan dan ganjaran pahala yang Allah janjikan itu bukanlah suatu yang mudah untuk dilakukan bagi setiap umat islam apa lagi untuk dicapai melainkan dengan kesabaran dan istiqomah.~=)

Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat. Rasulullah s.a.w.
bersabda: Maksudnya:
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dipanggil ‘Al-Rayyan’, masuk melaluinya orang-orang yang berpuasa pada hari kiamat, tidak boleh masuk melaluinya seseorangpun selain mereka, diseru: “Mana orang-orang yang berpuasa?” maka merekapun bangun, tidak akan masuk melaluinya seorangpun selain mereka, maka apabila mereka (orang berpuasa) masuk, pintu itu akan ditutup, maka tidak boleh masuk melaluinya seorangpun.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat Al-Nasa’i dan Ibn Huzaimah pula disambung lagi: “Sesiapa yang masuk akan minum, dan sesiapa yang telah minum tidak akan dahaga selama-lamanya.”
Antara bekalan yang boleh diperolehi dari ibadat puasa:

• Sifat ikhlas:
Puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seorang hamba. Ini kerana ibadat puasa merupakan rahsia antara hamba dan tuhannya. Seorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa diketahui oleh orang lain, tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah yang mengetahui zahir dan batinnya, dan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah, ia tidak melakukanya. Itulah sebabnya ibadat ini istimewa dari yang lain. Sifat inilah yang paling berharga dalam kehidupan seorang muslim kerana amalan yang tidak disertai dengan keikhlasan tidak diterima oleh Allah dan tidak membuahkan hasil.

• Mujadalah dan kekentalan jiwa:
Puasa memaksa kita meninggalkan keinginan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan kepada kita untuk melakukannya sebelum Ramadhan. Ini mendidik kita untuk lebih
tegas dan meninggalkan perkara yang sememangnya telah diharamkan oleh syariat di luar bulan Ramadhan.

• Sabar:
Puasa melatih kita supaya bersabar dalam berhadapan dengan keinginan diri dan godaan luaran sepanjang Ramadhan. Sabar seperti ini amat perlu dalam berhadapan dengan segala kemungkinan dan kehidupan.

• Memelihara fizikal:
Puasa menyebabkan kita terpaksa memelihara perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

• Prihatin dan belas kasihan:
Puasa melahirkan rasa prihatin dan belas kasihan kepada fakir miskin, lantaran itulah disyariatkan zakat fitrah pada bulan ini untuk menguatkan lagi perasaan tersebut. Perasaan ini adalah titik tolak kepada rasa tanggungjawab untuk melakukan pembaikan dalam masyarakat.

• Membuka hijab antara diri dengan Allah:
Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan berupaya membersihkan roh dan hati. Dengan itu terbukalah hijab antara hamba dengan tuhannya.

• Mengenali erti kejayaan sebenar:
Puasa mengajar mukmin erti kejayaan sebenar. Bukanlah harta atau kedudukan menjadi kayu pengukur kepada kejayaan tetapi tercapainya matlamat yang telah digariskan oleh Allah adalah kejayaan yang hakiki. Orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui tuhannya.

• Rasa belas dan lemah lembut:
Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya, apabila seseorang mencaci atau memperli orang berpuasa, maka hendaklah ia berkata “Aku berpuasa!.” Seorang mukmin yang hakiki amat berhajat kepada latihan seperti ini, kerana tidak mungkin dakwah dapat disebarkan dengan kekerasan. Bahkan ia memerlukan sikap berlapang dada dan kemampuan menahan diri dari perasaan marah. Permusuhan dan perbalahan tidak sedikitpun mendatangkan keuntungan kepada dakwah, bahkan merugikan masa dan tenaga.

• Memperkukuhkan Kesatuan Ummah:
Orang Islam di seluruh pelosok dunia berpuasa dalam bulan yang sama. Masing-masing merasakan nikmat dan kebaikan bulan Ramadhan dan perasaan ini dikongsi bersama oleh seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, bahasa dan melampaui batas geografi. Merasai wujudnya kesatuan umat adaah perkara dharuriah atau yang paling utama yang perlu ada dalam diri setiap mukmin.

• Merapatkan hubungan dengan alam:
Penentuan Ramadhan dan Syawal, membawa umat Islam memerhati perjalanan bulan dan bintang. Demikian itu melahirkan rasa keagungan kepada Penciptanya.

• Menjaga Masa:
Puasa mengajar seorang muslim supaya teliti dengan masa dan jadual hidup. Ketika bulan Ramadhan, seorang Muslim perlu teliti dalam menentukan waktu berbuka dan sahur kerana sedikit kesilapan akan membatalkan puasanya. Disiplin masa seperti ini amat perlu dalam kehidupan seorang mukmin agar setiap perancangan hidupnya berjaya dan tepat pada masa yang ditetapkan.

• Kesihatan Tubuh Badan:
Pakar-pakar perubatan mendapati puasa boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang tidak boleh dipulihkan oleh sesetengah ubat-ubatan moden atau tradisi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


selamat beribadah di bulan puasa dengan jayanya...~=)

Cabaran-cabaran semasa umat Islam

Mutakhir in umat Islam di seluruh dunia berdepan denganpelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini di kalangan umat Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah taala kepada umat Islam sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan. Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah sewajarnya umat Islam bermuhasabah diri dan menilai kembali diri mereka, iman dan Islam mereka, amal salih mereka, akhlak mereka dan corak kehidupan mereka, Apakah ia sudah betul-betul menepati ajaran Islam yang sebenarnya? Terdapat ramai ulama tersohor yang telah mengupas persoalan ini dalam buku-buku mereka bagi menjelaskan hakikat sebenarnya tentang musibah yang menimpa umat Islam. Antaranya Abu al-Hasan 'Al i al-Nadwi Sheikh Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, dan Mustafa
Mahmud.

Yusuf al-Qaradawi (1985) pernah menyimpulkan keadaan umat Islam dengan katanya:
i) umat yang lupa din, padahal mereka adalah umat yang terbaik,
ii) umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material,
iii) umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan tidak berdaya,
iv) umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi,
v) umat yang kuantitinya belum berguna walaupun
jumlahnya besar,
vi) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani,
vii) umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong pembinaan sahsiah umat Islam.

Sehubungan itu, Muhammad Qutb dalam bukunya Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal at- Alam al-Islamiyy berpendapat bahawa umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi. Kedudukan wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau matlamat yag dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak terlaksana melainkan dengan wasilah tersebut, maka wasilah tersebut dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya. Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya mereka masih lagi bergantung hash l makanan dari ehsan golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Bagaimana pula umat Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh Islam?(Muhammad Qutb 1991). Mengapa umat manusia yang lain dapat menikmati hasil mahsul bumi yang melimpah ruah tersebut, manakala umat Islam pula masih lagi dalam keadaan merempat, kemiskinan dan ketinggalan di mana hasil kekayaan di bumi mereka dirampas musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991). Padahal, Allah taala telah mencipta bumi yang terbentang luas
ini untuk kegunaan dan kemudahan sekalian makhluk Allah taala yang menghuni alam ini. Allah taala berfirman dalam
surah Al -Mulk, ayat 15 yang bermaksud: Dialah yang
menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dad
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allahlah
jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-
Nya).

Akhirnya, Muhammad Qutb telah mendedahkan punca sebenar kelemahan umat Islam kini pada hakikatnya merupakan satu hukuman Ilahi yang dijatuhkan Allah taala kepada umat Islam akibat kelalaian dan kecuaian mereka sendiri. Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka meminggirkan Islam dari realiti kehidupan semasa. Inibertepatan dengan firman Allah taala dalam surah Taha, ayat
124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta.


PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang umat Islam di Malaysia, maka penyelesaian yang ampuh wajar dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat Islam sering mendengar seruan daripada pelbagai pihak supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah. Persoalannya
sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah tersebut?

penyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim agar terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut kehidupan ummah.

1) Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan berat untuk menangani kes kemelut akidah, tambahan pula krisis akidah yang melanda masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya
dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama.

2) Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu diberi perhatian.
a) Pada peringkat pendidikan Islam yang dikendalikan pihak di luar sistem formal yang memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut kurikulum, metodologi , buku teks, lat ihan keguruan, proses peni laian, kewangan dan pengurusan. Kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera supaya selaras dengan objektif pendidikan asas untuk melahirkan sumber modal insan bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai cabaran semasa.
b) Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat secara komprehensif dalam sistem pendidikan
Islam yang formal. Apakah asas agama yang di tawarkan mampu memberikan kesan penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini kerana banyak asas syariah menyentuh perkara ghaib. Memberi faham perkara ghaib ini memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11 tahun itu akan mampu memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.

3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:
a) Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
b) Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid dan surau supaya umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu Islam
c) Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan universi t i . Ini kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan sosio-ekonomi tertentu. Sebaliknya tradisi pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua anggota masyarakat.

Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani arus cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini: ia menuntut penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh dalam set iap aspek kehidupan dalam usaha untuk
memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan umat pertengahan di muka bumi Allah ni.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PhD.
Pensyarah dan Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA
Gong Badak, Kuala Terengganu

Friday, July 23, 2010

INSHA ALLAH by maher zain..

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, July 20, 2010

ERTI AKU MENGANUT ISLAM..



Lagi tinta blog ku berjalan... meluahkan apa sahaja yang terbuku dihati.. tapi kata2 ku bukanlah ku nukilkan kata2 yang berbaur jiwang berkulat apalagi jiwang berkarat.. tetapi sesuatu yang boleh dikongsi dan dihayati selama mana kita menganut Islam.. apa ertinya? Pernah tak sahabt2 bertanya soal itu..? Apa erti aku menganut Islam... tajuk khusus yang diambil dari penulisan FATHI YAKAN..
satu lagi karya yang tak seberapa aku cipta bersama sahabat2 seperjuanganku untuk peringatan dan penghayatan bersama.. aku dan sahabt2 menciptanya ktika berada di semester satu kat kolej islam Pahang..
Jom Baca!



Dalam aku mencari sinar kehidupan....
Kuluahkan pahit manis kehidupanku pada bait-bait puisi..
Dalam aku mencari cahayaMu Ilahi..
Tanpa ku sedar ku bergelumang dengan dosa semalam...
Andai aku kembali kepadaMU..
Adakah aku diterimaMu..
Sedangkan aku seorang insan yang hina disisiMu..

Ya Rahim...
Adakah aku layak mendapat keampunanMu..
Setelah aku puas menjejaki hidayahMu?
Sesungguhnya Engkau maha Pengampun..

Ya Rabbi..
Apa erti aku menganut Islam?
Tatkala hati ini masih cuba mengungkapnya..
Yang tersimpan seribu satu rahsia..
Apa erti aku menganut Islam?
Tatkala hati ini masih tenggelam dalam seribu 1 persoalan..

Ya Allah,
Kini aku mengerti indahnya Islam..
Ku fahami melalui QALAM-MU..
Kini aku mengerti cantiknya Islam..
Ku fahami melalui tarbiyahMu..
Kini aku mengerti kuatnya hambaMu ini...
Ku fahami melalui kasih sayangMu..
Kini kurebahkan diri dan jiwaku pada jaln keredhaanMu..

Ya Allah..
Moga kesampaian mujahadahku..
MOga kuat istiqomahku..
Dalam kembara menujuMu..
Moga tangisku menjadi penebus dosa2ku..
Moga rintihku menjadi pemadam api nerakaMu..
Ya Allah..
REDHAILAH HAMBAMU INI....
Amin2 ya rabbal alamin...

PEJUANG ISLAM MESTI BANGKIT!!!!

Assalamualaikum w.b.t.. buat saudara2ku..
Dari tinta ku berjalan lagi ku susunnya menjadi satu puisi yang ku cipta dan untuk ku luahkan pada baris kata2 yang telah lama tersimpan dihati untuk dikongsi bersama..
Hayatilah bersama.. semoga mendapat manfaatnya walaupun sedikit..insyaAllah..

Wahai hamba Allah..
Yang telah mengikat hati dan jiwa kerana Allah..
Serulah jiwamu ke medan jihad..
Sahutlah panggilan syahid..
Biarlah tidurmu berbantalkan tahajud..
Biarlah lenamu berselimutkan zikrullah..

Wahai umat Islam..
Bukan waktumu untuk senang..
Sedang engkau tahu saudaramu susah..
Bukan waktumu untuk kenyang..
Sedang engkau tahu saudaramu dalam kelaparan dan;
Bukan tidurmu untuk lena..
Sedang engkau tahu saudaramu berjaga..

Wahai umat Islam..
Jadilah kamu dikalangan pejuang Islam..
jadilah kamu dikalangan orang-orang yang membantu agama-Nya..
Bangkitlah..!!.. Bangkitlah!!

Jadikan bicaramu menggetarkan musuhmu..
Jadikan pandanganmu memanah mereka..
Jadikan langkahmu menggoyahkan mereka..
Jadikan dirimu pembela agama...

Sekali kau tertidur..
Seribu kali musuhmu berjaga kerana mereka;
tidak pernah alpa dengan rancangan durjana..
Sedarlah wahai umat Islam..
Pejuang Islam bukanlah gelaran semata..
Tetapi mereka yang sanggup berkorban segalanya..
MASA< HARTA< dan < JIWA..
Tidak gentar bila berjalan..
Biar tubuhmu bercerai berai..
Dicincang, dilapah dan dimamah hati
Bak Hamzah singa Allah..

Ingatlah janji Allah..
Setitis darah di jalan Allah..
akan menjadi saksi ketika kau bertemu Rabb..
Sekali kakimu melangkah di jalan Allah..Jangan undur..
Biar masa berganti, akidah jangan mati..
Biar zaman berubah, keyakinan pada Allah tetap teguh..

takbir!!!! ALLAHUAKHBARR!!!!

Wednesday, July 7, 2010

KE MANA SINARNYA JATIvDIRI UMMAH.....

Dipetik daripada penulisan Presiden MPP UIAM....

Umat Islam perlu bangkit dan kembali menang ! Ini kerana agama Islam adalah tinggi dan satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Namun, benarlah Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesungguhnya Islam bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaanny. Maka Thuba (sejenis pohon disyurga) bagi orang-orang dagang itu."(Hadith Riwayat Imam Muslim).

Pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. Begitu juga pantasnya perubahan peradaban manusia. Islam yang suatu masa dahulu begitu cemerlang pada zaman kegemilangannya, kini sudah hilang taringnya.. Khilafay yang berkurun lamanya mentadbir dunia sudah hilang bisa keramatnya. Malah umat Islam yang dalam sejarahnya pernah menguasai dua pertiga dunia, hari ini di saentero pelusuk ditindas, diusir dari tanah air sendiri, diperhina, dijajah secara fizikal dan fikrah pemikiran, diperkotak-katikkan serta secara negatif dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, Barat khususnya Amerika Syarikat dan Eropah pada suatu tika masa dahulu bumi yang tandus, muram dan tidak bermaya, sekarang telah mendominasi dunia. malah fahaman dan mazhab 'Baratism' kian dipersada lantas memporak-perandakan ummah. Lalu umat ini terkesima dan tersedar dari mimpi ngeri yang panjang lantas bertanya sesama sendiri. "Apakah bahananya ini?" kemana hilangnya kekuatan kita?''.."kemana perginya kekuasaan kita?".. dan "dimana letaknya maruah kita?".. Sedangkan janji Allah SWT itu pasti akan kebenaranya..
Allah swt berfirman di dalam kitab suci-Nya yang bermaksud: "Kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang yang beriman."(Al-Munafiquun:8)

Justeru, senario semasa yang kebanyakannya tidak memihak kepada umat Islam mendesak dan mengkehendaki kita bermuhasabah diri serta merenung sedalamnya segala punca kepada dilema umat ini. Suasana muktahir yang berlaku tidak memungkinkan kita terus bergoyang kaki dan duduk kaku berpeluk tubuh. Sudah tiba masanya kita menoleh sebentar ke belakang denga penuh keinsafan untuk mencari di mana silap dan apakah peyebabnya.
Seterusnya ayu kita memandang ke hadapan dengan penuh harapan lantas merancang dengan sebijaknya strategi dakwah dan peyelesaian yang wajar dilaksanakan secara sepadu. Tidak lupa juga mari bersama kita bahu membahu memperkukuh ubudiyyah dab seiring sejalan berusaha membuktikan bahawa sesungguhnya kitalah "Khaira ummah" yang dimaksudkan dan diiktiraf semulianya oleh Allah Rabbul Izzati..

Monday, April 19, 2010

MENANGISLAH.....

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menagis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini, menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa airmata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah daripada tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para nabi, rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akahirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak reda. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya kepada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-seolah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi, apabila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam mengahadapi kegagalan dan kekecewaan hidup.
Menangis dan menagislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. apa kan jadi jika kita gagal di akhirat? inilah sebenarnya kegagalan. Jadi kalau perkara ini yang kita tangisi, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah (Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w; " Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Alah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajipan kepada Allah." ( Riwayat Attirmizi)

Tuesday, April 6, 2010

Doa Ketika Tertimpa musibah...


















Musibah yang dialami oleh seorang mukmin, baik yang besar atau kecil, merupakan balasan Allah atas dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Musibah tersebut sebagai penghapus dosa-dosa selama ia terbebas dari perbuatan kesyirikan dan dosa besar lainnya. Sehingga ia akan menghadap Allah dalam keadaan bersih dari dosa yang pada akhirnya akan dimasukkan surga oleh Allah Ta’ala. Apabila ia tidak melakukan kezaliman berupa kesyirikan, kezaliman terhadap sesamanya, atau kezaliman terhadap dirinya, maka ia akan mendapatkan rasa aman pada hari kiamat dan petunjuk di dunia dan akhirat. (Fathul Majid, tanpa tahqiq hal. 38).

Lalu bagaimana agar musibah yang menimpa seorang mukmin dapat menjadi penghapus dosa bahkan menjadi pahala dan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang lebih baik ?

Pertanyaan ini telah dijawab oleh Allah Ta’ala dalam Surah Al Baqarah 156-157 :

"Orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan:"inna lillahi wa inna ilaihi raji’un (Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kami akan kembali kepada-Nya). Mereka itu mendapatkan salawat (pujian) dan rahmah. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk."

Nabi Shalallahu ‘alaihi wa salam juga memberikan petunjuk kepada kita apa yang harus diucapkan ketika kita tertimpa musibah, besar atau kecil, dengan mengucapkan kalimat istirja’.

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhum bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda :

"Hendaklah salah seorang kamu mengucapkan istirja’ dalam segala hal (musibah) meskipun yang terjadi pada tadi sandalnya. Sebab yang demikian tergolong musibah."



(Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadith ini hasan setelah melihat adanya penguat hadith ini berasal dari Ibnu Sunni dengan sanad lemah (Al Kalimuth Thayyib, Ibnu Taimiyah, tahqiq Al Albani, hal.81)

Ummu Salamah radhiallahu anha mengatakan bahwa ia pernah mendengar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam bersabda :

"Seseorang yang tertimpa musibah lalu ia berkata : inna lillahi wa inna ilaihi raji’un dan berdoa : Allahuma jurnii fi musibatii wakhluf liya khairan minhaa (Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah ini dan gantikanlah untukku dengan yang lebih baik daripadanya). Niscaya Allah akan memberinya pahala karena musibah itu dan menggantikan untuknya dengan yang lebih baik." (HR. Muslim 3/37-38).

Tatkala Abu Salamah (suaminya) meninggal, dia mengucapkan apa yang dikatakan Nabi Shalallahu ‘alaihi wa salam. Tak lama kemudian ia menjadi isteri Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam, suami baru yang lebih baik dari pada Abu Salamah. Siapa mengira ia mendapatkan suami Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam sementara ia sendiri pernah mengatakan :"Lelaki mana yang lebih baik daripada suamiku"? (Mukhtashar Syarah Shahih Muslim, hadith no. 918)

Dengan demikian semestinya tindakan seorang mukmin dalam menghadapi segala macam musibah dengan tetap dalam keadaan sabar, istiqamah dan mengharap pahala serta ampunan Allah. Tidak sebaliknya dengan menggerutu, menampar-nampar pipi atau menyobek-nyobek saku baju, menjerit atau tindakan lain yang tidak selayaknya diperbuat oleh seorang mukmin..

Thursday, April 1, 2010

ISLAM LIBERAL..SEJAUH MANA TINJAUANNYA..??

Di bawah ini disenaraikan pertubuhan-pertubuhan yang terlibat secara langsung menyesatkan aqidah umat Islam dengan menaja fahaman Islam Liberal melalui isu-isu tertentu seperti feminisme, hak bersuara, kesamarataan agama, dan sebagainya.
Sebarkan sebanyak mungkin, berwaspadalah dengan agenda Islam Liberal yang dibawa oleh pertubuhan-pertubuhan ini:














Assalamualaikum w.b.t..
apa khabar sahabat2 dan sahabiah2..
ana telah belajar subjek pemikiran Islam..
Disini ana berkongsi sedikit pengetahuan tentang Islam Liberal.. sejauh mana tinjauannya dan pengaruhnya terhadap pemikiran umat Islam masa kini..
jom kita berkenal-kenal dulu dengan apa yang dimaksudkan dengan liberal??

KONSEP DAN DEFINISI

Perkataan liberal bermaksud pandangan yang terbuka dan tidak terkongkong. Pemikiran liberisme adalah fahaman bebas yang tidak terikat dengan prinsip-prinsip Islam, akidah mahupun akhlak Islam. mereka menyebarkan fahaman mereka melalui website JIL (Jaringan Islam Liberal)
Islam liberal juga merujuk kepada suatu pemikiran yang berusaha membebaskan umat Islam daripada ajaran Islam. Aliran ini didapati sangat berbahaya kepada akidah dan syariat agama Islam.
Pokok pemikirannya adalah Sekularisme, Pluralisme (anggapan bahawa semua agama adalah sama dan benar). Al-Quran edisi kritis, Feminisme dan penolakan autoriti hadis Nabi SAW. Antara perjuangan penganut fahaman ini ialah menyeru dengan lantang agar Al-Quran ditafsir semula agar sesuai dengan realiti semasa. Bagi mereka memandangkan para mufassirin adalah lelaki maka berlaku penindasan terhadap kaum wanita. Menentang poligami habis-habisan, menentang ketidakadilan sistem faraid dalam Islam dan lain-lain.

ANTARA PRINSIP PERJUANGAN LIBERALISME

1. menanamkan rasa ortodoks di kalangan umat Islam jika beramal dengan syiar Islam misalnya pakaian menutup aurat.

2. Memperjuangkan Pluralisme agama iaitu satu fahaman yang menganggap semua agama dalah sama. semua agama benar, Islam sama dengan agama-agama lain.

3.Memperjuangkan dan mendokong ekonimi Kapatalisme.

4. Menanam rasa benci kepada ulama dan pemikir Islam

5. Sistem pengajian Islam di anaktirikan.


BEBERAPA AJARAN POKOK ANTI HADIS YANG LIBERALISME DAN MENYESATKAN..

*dasar ajaran Islam hanyalah Al-Quran kerana Al-Quran sudah lengkap.
*Tidak percaya dan menolak seluruh hadis Nabi SAW.
*Nabi Muhammad SAW tidak berhak memberikan penjelasan apapun tentang Al-Quran.
*Rakaat dan cara solat terserah kepada masing-masing.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU FAHAMAN ISLAM LIBERAL

>Peningkatan tahap pendidikan moden di kalangan masyarakat membuka minda golongan terpelajar terhadap idea baru khususnya daripada Barat.
>Kemajuan teknologi dan komunikasi membuka ruang penyebaran dan pertarungan idea dalam masyarakat. Fenomena ralat ilmu (error of knowledge) mudah berlaku apabila masyarakat tidak lagi dapat membezakan antara pandangan golongan ilmuan dan bukan ilmuan sebaliknya menerima berasaskan emosi semata-mata.
>Realiti masayarakat majmuk di Malaysia memudahkan fahaman sekular Islam liberal mendapat sokongan daripada masyarakat bukan Islam.

ANTARA STRATEGI YANG DIGUNAKAN OLEH MUSUH-MUSUH ISLAM IALAH

a. Menanam dan menyebarkan ideologi-ideologi sesat yang berasaskan barat seperti sekularisme, kapitalisme, komunisme, liberalisme di kalangan masyarakat Islam.

b. Menerapkan gaya dan budaya hidup barat seperti budaya pop, disko, blackmetal dan lain-lain.

c. Membantu penyebaran ajaran sesat dikalangan masyarakat Islam agr mereka tidak bersatu.

d. Menutup dan menyempit peluang pendakwah Islam dalam kehidupan.

e. Menggambarkan kepada masyarakat Antarabangsa bahawa kebangkitan Islam adalah pengganas, militan, anti kemajuan dan lain-lain melalui media massa.


MANIFESTASI ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA.

Sejak pertengahan dekad 1990an, golongan Liberal dalam masyarakat Islam di Malaysia telah mula mengkritik pelaksanaan undang-undang keluarga dan jenayah Islam yang mereka anggap bertentangan dengan prinsip-prinsip hal asasi manusia dan bersifat diskriminasi terhadap wanita.
Awal tahun 2000, golongan Liberal ini diwujudkan gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia, pertubuhan agama Islam dan individu dalam menentang pelaksanaan undang-undang Islam dan undang-undang kecil kerajaan tempatan yang mencegah perlakuan maksiat dan kurang sopan (juga disebut undang-undang kawalan moral) yang dianggap bertentangan dengan hak asasi manusia dan kebebasan individu.


bersambung.........

Sunday, March 28, 2010

...............SIFAT HIPOKRIT................

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang." (Riwayat oleh al'Syaikhan dr Ibn. 'Amr.)

Huraian :

Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrik itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :

1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

TANDA ORANG YANG BERAKAL & ORANG YANG DUNGU....................

Tanda Orang yang Berakal dan Orang yang Dungu.
Sabda Rasullallah saw yang bermaksud:
"Wahai manusia ta'atilah Tuhanma nescaya engkau digelar orang yang berakal dan janganlah engkau derhakakan-Nya nanti engkau digelar orang yang dungu"
- Diriwayatkan oleh Abu Hurairah -

Huraian
Di dalam Al-Quran Allah telah menjelaskan tidak sama antara orang yang berilmu dan orang yang tidak berilmu, orang yang beriman dan orang yang tidak beriman dan di antara ahli syurga dan ahli neraka. Begitu juga garis pemisah di antara manusia berakal dan manusia yang dungu ialah kepatuhan kepada ajaran-ajaran Allah.
Ciri utama seseorang mukmin yang berakal ialah ketaatannya menjunjung tinggi segala perintah Allah yang berbentuk perintah mahupun larangan dan ciri utama seseorang yang dungu ialah sikapnya yang membelakangi dan melandakan segala perintah Allah. Hal ini kerana undang-undang serta syariat yang diturun oleh Allah itu adalah dituju untuk kebaikan semua makhluk, keselamatan dan kebahagiaan umat manusia seluruhnya baik di dunia mahupun di Akhirat. Apabila undang-undang yang sedemikian tinggi martabat dan matlamatnya itu dipandang sepi dan ditentang, maka itulah kemuncak pertanda yang menunjukkan kebodohan dan ketololan manusia. Maka layaklah manusia seperti ini mangundang bala dan bencana dari Allah perpunca dari kedegilan dan keingkaran manusia yang menolak kebenaran dan jaminan kebahagian dari Allah itu.

Oleh sebab itu bagi mengelak bala bencana terus menimpa masyarakat umum mestilah ada satu firkah yang membela syariat Allah dan kita mesti bersabar bersama mereka yang menyeru ke jalan Allah pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kita berpaling kepada firkah yang mengikut hawa nafsu dalam urusan mereka disebabkan dengan janji kebendaan (pangkat) yang sedikit .
rujuk: (28 surah Alkahfi)

~...Ada ketika aku serahkan cinta...~


Cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta...iaitu cinta yg pasti dan abadi, telah ku tahu itu dan ia mekar dalam hati ini.

Tapi, sbg manusia biasa yg dianugerahkan perasaan dan naluri, hati tetap mengharap pada cinta dan kasih sesama hamba....
apakan daya, aku juga terpaksa menghadapinya walau ia amat menakutkan aku... kerana sememangnya aku amat takut untuk terluka dan kecewa...pengalaman yg ku dengar di sekeliling sudah cukup untuk membayangkan yg aku tak mungkin kuat utk hadapi situasi sebegitu.

Tapi....takdir tetap datang dan merelakan hati ini untuk menerimanya kerana spt yg
di kata.....naluri dan perasaan tetap mengharap... Sebelum aku serahkan cinta ini yg bagiku cukup sejati dan sepenuh hati kerana Mu Ya Allah, telah ku pohon petunjuk dan jalan dariMU...kerana aku tak mampu untuk memutuskannya sendiri atas kejahilan dan kekeliruan nafsu dan keduniaan...segala yg kulakukan kerana ketentuan Mu Ya Allah...aku redha Pada ketika aku serahkan cinta ini kepadanya, ku kira itu adalah anugerah dari Allah kerana aku dapat merasai restu NYA...dan berkali-kali ku ingatkan diri, cinta ini kepadanya hanyalah kerana Allah, tidak akan ku serah cinta ini kepadanya andai dia bukan pencinta Allah jua.

Pengharapan yg semakin mekar di hati sentiasa ku iringi dengan doa mohon sentiasa direstui dan diberkati hubungan ini.... akan ku pastikan tiada bibit dosa yg terlangsung.... akan ku pastikan ia suci dari sebarang noda. Dan aku juga tidak lupa mengingatkan diri, manusia hanya merancang dan mengharap, tapi penentuannya hanya Allah yang berhak....jadi walau apa yang berlaku di kemudian hari aku perlu bersedia dan berserah....usaha sudah dilakukan dan itu semua dengan kehendak Mu Ya Allah.... Namun....dalam pengharapan yang terancang ini, rupanya ada lagi pihak lain yang lebih rapi dan bersungguh perancangannya.......perkara yang cukup menakutkan aku akhirnya terjadi....keputusan yg terbaik untuk semua pihak telah memaksa untuk
aku dilepaskan tanpa rela... hingga kini...sudah puas aku memujuk diri....berbekalkan
iman di hati...aku pasrah atas ketentuan Ilahi....dia bukan milikku....kehadirannya seketika hanya sebagai ujian dari Allah, dan mungkin juga penebus dosaku....
cukup perit ujian yg kulalui ini....dan sehingga kini, kesepian di hati masih subur membuatkan aku sering menangis....bukan kerana tidak dapat menerima takdir Allah....tapi aku sedar......kehendak MU mengatasi segalanya....... suburkan sahaja iman di hati ini.....aku redha.....

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;" Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta ."
Surah Al-Ankabut ayat 2-3


wallahu a'lam

DAKWAH ISLAM HARI INI

Umat Islam ditindas dan terhina di mana2. saban hari ada sahaja tragedi menghiris perasaan, di ulit seribu kengerian dan ketakutan. Suara pembebasan tenggelam di tengah kerakusan dan kezaliman.
Jeritan batin disambut dengan gelak ketawa dan gurau senda. laungan dan amukan sekadar melepaskan geram dan kemarahan. namun kehinaan sering hadir ditengah kehidupan umat ini. kebebasan sekadar slogan impian. pimpinan yang lantang do meja perundingan kini beku dan kaku. habuan harta, pangkat dan wanita mematikan segala perjuangan Ilahi. Pada siapa lagi hendak diserah umat ini?
Telah sekian lama jawapan ini ada dihadapan kita, tapi tindakannya lesu dan tidak bermaya kerana jiwa ini telah mati dan membatu. Mengapa hanya melihat kehinaan ini terus berlangsung? Mengapa masih percaya dengan polis dunia?
Mereka untuk kita adalah seteru yang nyata. Penantian ini memang suara azab bagi umat ini. tetapi jangan dibiarkan iman udan Islam juga barang gadaian. Itu nanti lebih hina dari terhina.
yakinilah jalan untuk hidup sebagai umat yang berdaulat. Cuma apakah kita sudah bersedia? persediaan itu penting bagi menganggotai barisan penyelesaian (bukannya barisan Nasional) penyelamat umat menuju keredhaan Ilahi.
Sesungguhnya dakwah kita masih belum dikenali ramai. Pada hari mereka mengenali dan mengetahui matlamat dan objektifnya, ia akan menerima tentangan yang hebat. Kita akan dapati di hadapan kita berbagai kesusahan dari halangan yang akan menghalang kita. Pada masa itu barulah sebenarnya kita mula mengikut jejak ahli2 dakwah. Sekarang mereka masih belum mengetahui lagi. Kita masih diperingkat amal dakwah dan kita perlu bersedia dengan keperluan perjuangan dan jihad.
Kejahilan rakyat tentang hakikat Islam akan menghalang dakwah kita . Kita akan dapati sesetengah ahli2 agama dan ulama2 rasmi merasa pelik dengan fikrah kita.
Mereka akan menentang jihad kita. Para pemimpin, ketua, orang2 kenamaan dan mempunyai kuasa akan membenci kita, dan meletak halangan ditengah jalan dakwah kita.
Mereka itu juga akan berganding bahu utnuk menentang dan memadamkan sinar dakwah kita. Mereka akan meminta bantuan pemerintah2 yang lemah dan orang2 yang berakhalak buruk untuk tujuan yang sama. kita akan dimusuhi dan dibenci. Kita akan difitnah dan ditohmah. Mereka akan berusaha menampilkan segala kekurangan etrhadap dakwah yang dibawa oleh kita.
Dengan kekuasaan dan kekuatan yang ada pada mereka , mereka akan cuba sedaya upaya menampakkan kita kepada orang ramai dengan gambaran yang paling hodoh. Mereka akan menindas dengan harta dan kuasa mereka.

FIRMAN ALLAH SWT.:"mereka itu mahu memadamkan agama Allah dengan mulut mereka dan Allah peyempurna agamaNya sekalipun dibenci oleh orang kafir " (Surah As-SAff:8)

wallahualam.....


BILA HARI KEMENANGAN ISLAM??

Assalamualaikum sahabat2 dan sahabiah sekalian...

apa khabar iman dan jiwa kalian?

sesungguhnya setiap insan akan melalui beberapa peringkat bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa sehinggalah lanjut usia bergelar orang tua, namun perjuangan dalam menyebarkan dakwah tak pernah lenyap daripada jiwa-jiwa muslim yang mempunyai sensitivi terhadap agama Islam...
ana ingin berkongsi bahawa Syeikh Yusuf al-Qardhawy telah menggariskan 10 bimbingan dan nasihat terhadap gerakan kebangkitan islam bersifat remaja pada hari ini kepada ke arah kedewasaan sepenuhnya.. ana akan berkongsi sedikit demi sedikit kepada sahabat2 sekalian.
Dalam bimbingan ini, Yusuf Al-Qardhawi telah menggariskan 10 point yakni peralihan utama..
blog ana kali ini akan membincangkan yang pertama dahulu iaitu beralih daripada format dan simbol kepada hakikat dan kandungan.. Pd zahirnya kelihatan gerakan kebangkitan Islam hanya menumpukan perhatian kepada perkara yang bercorakkan simbol dan meninggalkan isi kandungan yang jauh lebih penting. Umpamanya, seorang yang selalu membesar-besarkan kedudukan jari telunjuk di dalam bacaan tasyahud solat,tetapi pada waktu yang sama meninggalkan perbincangan tentang sebab, tujuan dan kepentingan tuntutan tentang kepentingan solat itu sendiri secara keseluruhannya...to be continue....