Pages

::followers::

MOod ku..


Friday, August 13, 2010

Cabaran-cabaran semasa umat Islam

Mutakhir in umat Islam di seluruh dunia berdepan denganpelbagai cabaran yang menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka terhadap Islam. Di antara isu yang hangat diperdebatkan dewasa ini di kalangan umat Islam ialah isu kelemahan umat Islam. Pengertian kelemahan yang melanda umat Islam kini meliputi kemunduran dalam pelbagai lapangan hidup, kemiskinan, kedaifan, perpecahan, pertelagahan sesama sendiri dan berbagai lagi kemelut dan krisis yang menghimpit umat Islam kini. Keadaan yang berlaku ini amat jauh bezanya dengan jaminan Allah taala kepada umat Islam sebagai umat yang terbaik dan menjadi contoh kepada ummah sejagat dalam berbagai aspek kehidupan. Justeru, di mana silapnya dan siapakah yang bersalah dalam hal ini sehingga umat Islam terpaksa menelan kepahitan hidup dan bergelumang dengan berbagai-bagai krisis dan kemelut yang memilukan. Untuk menjawab persoalan ini, maka sudah sewajarnya umat Islam bermuhasabah diri dan menilai kembali diri mereka, iman dan Islam mereka, amal salih mereka, akhlak mereka dan corak kehidupan mereka, Apakah ia sudah betul-betul menepati ajaran Islam yang sebenarnya? Terdapat ramai ulama tersohor yang telah mengupas persoalan ini dalam buku-buku mereka bagi menjelaskan hakikat sebenarnya tentang musibah yang menimpa umat Islam. Antaranya Abu al-Hasan 'Al i al-Nadwi Sheikh Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, dan Mustafa
Mahmud.

Yusuf al-Qaradawi (1985) pernah menyimpulkan keadaan umat Islam dengan katanya:
i) umat yang lupa din, padahal mereka adalah umat yang terbaik,
ii) umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material,
iii) umat yang daya fikirnya jumud, selalu mengikut dan tidak berdaya,
iv) umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi,
v) umat yang kuantitinya belum berguna walaupun
jumlahnya besar,
vi) umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya akibat mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani,
vii) umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong pembinaan sahsiah umat Islam.

Sehubungan itu, Muhammad Qutb dalam bukunya Ru'yah Islamiyyah Li Ahwal at- Alam al-Islamiyy berpendapat bahawa umat Islam selamanya tidak akan berjaya dalam menunaikan risalah Islam yang diamanahkan melainkan jika mereka memiliki kekuatan kebendaan yang mencukupi. Kedudukan wasilah atau cara itu samalah dengan kedudukan ghayah atau matlamat yag dituju itu. Jika sesuatu amalan wajib itu tidak terlaksana melainkan dengan wasilah tersebut, maka wasilah tersebut dengan sendirinya akan menjadi wajib hukumnya. Jadi, macam mana mungkin umat Islam hendak merealisasikan amanah menyampaikan Islam ke sekalian alam sekiranya mereka masih lagi bergantung hash l makanan dari ehsan golongan kafir dan musuh-musuh Islam? Bagaimana pula umat Islam ingin bangkit berjihad pada jalan Allah sedangkan mereka masih lagi mengharapkan bantuan senjata dari musuh-musuh Islam?(Muhammad Qutb 1991). Mengapa umat manusia yang lain dapat menikmati hasil mahsul bumi yang melimpah ruah tersebut, manakala umat Islam pula masih lagi dalam keadaan merempat, kemiskinan dan ketinggalan di mana hasil kekayaan di bumi mereka dirampas musuh-musuh Islam? (Muhammad Qutb 1991). Padahal, Allah taala telah mencipta bumi yang terbentang luas
ini untuk kegunaan dan kemudahan sekalian makhluk Allah taala yang menghuni alam ini. Allah taala berfirman dalam
surah Al -Mulk, ayat 15 yang bermaksud: Dialah yang
menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka
berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya serta makanlah dad
rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah) kepada Allahlah
jua (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup
semula. (Maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-
Nya).

Akhirnya, Muhammad Qutb telah mendedahkan punca sebenar kelemahan umat Islam kini pada hakikatnya merupakan satu hukuman Ilahi yang dijatuhkan Allah taala kepada umat Islam akibat kelalaian dan kecuaian mereka sendiri. Umat Islam ketinggalan dan lemah kerana mereka meminggirkan Islam dari realiti kehidupan semasa. Inibertepatan dengan firman Allah taala dalam surah Taha, ayat
124 yang bermaksud: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta.


PENYELESAIAN MENURUT ISLAM

Berdasarkan cabaran-cabaran yang begitu hebat menyerang umat Islam di Malaysia, maka penyelesaian yang ampuh wajar dicari dan dijejaki sebagai benteng pertahanan yang kukuh bagi menangkis segala serangan tersebut. Dalam situasi in umat Islam sering mendengar seruan daripada pelbagai pihak supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah Rasulllah. Persoalannya
sekarang, apakah dan bagaimanakah kita nak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah tersebut?

penyelesaian yang amat dicari-cari oleh setiap Muslim agar terselamat daripada cabaran yang menghimpit setiap sudut kehidupan ummah.

1) Memandangkan kewajipan dakwah adalah besar dan berat untuk menangani kes kemelut akidah, tambahan pula krisis akidah yang melanda masyarakat Islam kini bersifat sejagat, maka peranan institusi dakwah Islam wajar dinilai dan dikaji semula dari segi objektif dan matlamatnya, pendekatan atau teknik dakwahnya, media atau peralatan dakwahnya
dan sasarannya untuk memastikan keberkesanannya dan kejayaan peranannya. Bilangan pendakwah perlu ditambah dan mereka diberikan latihan sewajarnya supaya mereka dapat menghadapi masyarakat dengan penuh hikmah dan bijaksana dalam memberikan bimbingan dan pendidikan agama.

2) Dalam konteks pendidikan Islam, ada dua peringkat yang perlu diberi perhatian.
a) Pada peringkat pendidikan Islam yang dikendalikan pihak di luar sistem formal yang memerlukan tinjauan dan pengukuhan dari sudut kurikulum, metodologi , buku teks, lat ihan keguruan, proses peni laian, kewangan dan pengurusan. Kelemahan yang ada perlu diperbaiki segera supaya selaras dengan objektif pendidikan asas untuk melahirkan sumber modal insan bermutu yang mampu menghadapi berbagai-bagai cabaran semasa.
b) Pada peringkat kedua, tinjauan harus dibuat secara komprehensif dalam sistem pendidikan
Islam yang formal. Apakah asas agama yang di tawarkan mampu memberikan kesan penghayatan yang baik kepada para pelajar? Ini kerana banyak asas syariah menyentuh perkara ghaib. Memberi faham perkara ghaib ini memerlukan pendekatan tersendiri dan artikulatif sifatnya. Ini supaya pendidikan Islam selama 11 tahun itu akan mampu memberikan kekuatan rohaniah dan fikriah kepada pelajar.

3) Pendidikan tidak formal khusus untuk orang awam:
a) Menggubal satu kurikulum pendidikan Islam khusus untuk orang awam agar mereka terus berpegang teguh dengan ajaran Islam, terutamanya pendidikan ilmu akidah sebagai perisai kukuh menghadapi ancaman ajaran yang menyeleweng.
b) Memanfaatkan fungsi masjid dan surau sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan lanjutan Islam di kalangan umat Islam agar mereka tetap terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap dengan memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid dan surau supaya umat Islam dapat memantapkan pengetahuan ilmu Islam
c) Menjadikan pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, terutamanya golongan lepasan sekolah dan graduan universi t i . Ini kerana pendidikan dalam Islam tidak dihadkan kepada umur tertentu atau disyaratkan atas kedudukan sosio-ekonomi tertentu. Sebaliknya tradisi pendidikan Islam diamalkan sepanjang hayat, dalam segala keadaan dan diceburi oleh semua anggota masyarakat.

Berdasarkan huraian di atas, umat Islam wajib berpegang pada sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani arus cabaran yang beraneka ragam dan bentuk. Ajaran Islam tidak cukup dengan slogan dan retorik yang dijaja ke sana ke sini: ia menuntut penghayatan dan perlaksanaan secara menyeluruh dalam set iap aspek kehidupan dalam usaha untuk
memartabatkan kembali umat Islam sebagai umat terbaik dan umat pertengahan di muka bumi Allah ni.

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, PhD.
Pensyarah dan Timbalan Dekan,
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia, Kampus KUSZA
Gong Badak, Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment