Pages

::followers::

MOod ku..


Monday, April 19, 2010

MENANGISLAH.....

Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya. Mereka memaksa diri menagis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini, menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa airmata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah daripada tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: Andaikan kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis. Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.
Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para nabi, rasul dan sahabat. Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akahirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak reda. Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya kepada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-seolah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi, apabila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam mengahadapi kegagalan dan kekecewaan hidup.
Menangis dan menagislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. apa kan jadi jika kita gagal di akhirat? inilah sebenarnya kegagalan. Jadi kalau perkara ini yang kita tangisi, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah (Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w; " Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Alah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajipan kepada Allah." ( Riwayat Attirmizi)

No comments:

Post a Comment