Pages

::followers::

MOod ku..


Wednesday, July 7, 2010

KE MANA SINARNYA JATIvDIRI UMMAH.....

Dipetik daripada penulisan Presiden MPP UIAM....

Umat Islam perlu bangkit dan kembali menang ! Ini kerana agama Islam adalah tinggi dan satu-satunya agama yang diredhai Allah SWT. Namun, benarlah Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Sesungguhnya Islam bermula dagang dan ia akan kembali dagang seperti permulaanny. Maka Thuba (sejenis pohon disyurga) bagi orang-orang dagang itu."(Hadith Riwayat Imam Muslim).

Pantasnya masa berlalu meninggalkan kita. Begitu juga pantasnya perubahan peradaban manusia. Islam yang suatu masa dahulu begitu cemerlang pada zaman kegemilangannya, kini sudah hilang taringnya.. Khilafay yang berkurun lamanya mentadbir dunia sudah hilang bisa keramatnya. Malah umat Islam yang dalam sejarahnya pernah menguasai dua pertiga dunia, hari ini di saentero pelusuk ditindas, diusir dari tanah air sendiri, diperhina, dijajah secara fizikal dan fikrah pemikiran, diperkotak-katikkan serta secara negatif dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, Barat khususnya Amerika Syarikat dan Eropah pada suatu tika masa dahulu bumi yang tandus, muram dan tidak bermaya, sekarang telah mendominasi dunia. malah fahaman dan mazhab 'Baratism' kian dipersada lantas memporak-perandakan ummah. Lalu umat ini terkesima dan tersedar dari mimpi ngeri yang panjang lantas bertanya sesama sendiri. "Apakah bahananya ini?" kemana hilangnya kekuatan kita?''.."kemana perginya kekuasaan kita?".. dan "dimana letaknya maruah kita?".. Sedangkan janji Allah SWT itu pasti akan kebenaranya..
Allah swt berfirman di dalam kitab suci-Nya yang bermaksud: "Kekuatan itu hanyalah bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang-orang yang beriman."(Al-Munafiquun:8)

Justeru, senario semasa yang kebanyakannya tidak memihak kepada umat Islam mendesak dan mengkehendaki kita bermuhasabah diri serta merenung sedalamnya segala punca kepada dilema umat ini. Suasana muktahir yang berlaku tidak memungkinkan kita terus bergoyang kaki dan duduk kaku berpeluk tubuh. Sudah tiba masanya kita menoleh sebentar ke belakang denga penuh keinsafan untuk mencari di mana silap dan apakah peyebabnya.
Seterusnya ayu kita memandang ke hadapan dengan penuh harapan lantas merancang dengan sebijaknya strategi dakwah dan peyelesaian yang wajar dilaksanakan secara sepadu. Tidak lupa juga mari bersama kita bahu membahu memperkukuh ubudiyyah dab seiring sejalan berusaha membuktikan bahawa sesungguhnya kitalah "Khaira ummah" yang dimaksudkan dan diiktiraf semulianya oleh Allah Rabbul Izzati..

No comments:

Post a Comment