Pages

::followers::

MOod ku..


Tuesday, October 14, 2014

Setelah Sekian Lama

~Di Persinggahan Dunia~

Assalamualaikum w.b.t buat semua yang sahabat,kawan,rakan dan teman2..Semoga dalam sihat hendaknya. ^___^  .Alhamdulillah syukur kerana saat ini saya masih lagi dipinjamkan oleh Allah nikmat hidup dan Islam..Terima Kasih Ya Allah..

         Setelah sekian lama menyepi hampir 3 tahun,(2012,2013,2014 pun hampir melabuhkan tirainya) selama itu jugalah blog saya berhenti beroperasi.. Namun, masih ada 'jodoh' yang kuat antara kami..Akhirnya saya masih lagi berkesempatan berkongsi coretan hati untuk dikongsi bersama kalian semua.. Moga entry sebelum ini dan akan datang insha'allah bermanfaat buat semua..

              Jadi, apa yang saya akan kongsikan pada kalian untuk entry kali ni??? Tunggulah next.. i will be update for u alls... (Broken English!!) Haha.. 

#Bilalahnakamikmuetni

Assalam..


Tuesday, February 7, 2012

~Berperang dengan NAFSU dulu!~


Realiti manusia yang tenggelam dengan nafsu....

Kalau dahulu, dan sekarang kita tahu "perangi nafsu" hanya diketahui ia dikaitkan dengan Bulan Ramadhan kerana bulan Ramadhan kita akan diuji dengan kelaparan, kehausan, kepenatan dan sebagainya di atas kewajipan kita berpuasa..Hanya orang-orang yang tetap bersabar menahan nafsulah akan mampu mengatasinya.

Tapi penulis blog ni tak bincangkan sal bulan ramadhan, cuma nak berkongsi..

Hamba ALLah 1: "argh..asyik asyik nafsu, takde bende lain ke nak cakap, bosanlah..setiap orang tahulah diri dia, tahulah dia menjaganya..dan aku tahu jaga nafsu aku."

Wait! kenalkah kita dengan nafsu kita?

Hamba Allah 2: "Orang Islam tak kan menang dan selalu sahaja akan tewas dengan panahan dunia andainya tak melawan nafsunya dahulu"

Hakikatnya umat Islam hari ini semakin jauh daripada Islam kerana nafsu yang tak dibendung..Umat Islam sedar musuh Islam yang utama adalah Syaitan dan Iblis, Nasrani dan Yahudi, tapi musuh yang paling jahat dan kita lupa keberadaannya yang paling dekat dengan diri adalah nafsu yang menjadi raja sehingga mengatasi akal..

Hamba Allah 3: "Kita harus berjuang dan berjuang menegakkan Islam..itu adalah tanggungjawab untuk kita berdakwah..."

Huh.......
Daie juga boleh kecundang sebab nafsu. Sehinggalah suatu masa seorang daie diuji mengenai apa yang pernah dilaung2kannya dulu, akhirnya tewas dan futur dalam perjuangan juga kerana dia lupa untuk memerangi nafsunya terlebih dahulu...

Tahu tak kenapa umat Islam selalu berpecah belah...

Nak salahkan pemimpin tak reti mentadbir negara kah?
Nak salahkan ibubapa tak mendidik anak dengan agama kah?
Nak salahkan guru tak mengajar dengan tulus kah?
Nak salahkan kakak, abang, segala kaum kerabat kah?

or...

nak salahkan penulis blog ni..?

Opps...

Akhir zaman yang sarat dengan fitnah..

Kerana nafsulah, pemimpin tak adil, derhaka pada ibu dan ayah, terpedaya dengan kecantikan wanita, pergaulan bebas terjadi, berlaku penzinaan, anak bunuh mak, isteri bunuh suami, kuat makan, kuat tidur, tak takut dosa kecik ke besar, tewas dalam perjuangan, makan hati, lupa diri, lalai dengan solat, leka dengan dunia, boros dan seumpamanya.masalah hatiii,.itu semua adalah kerana NAFSUU!!! macamna Islam nak menang?!

Wake up! bangkitlah daripada tidurmu dan kelalaian duniamu agar kau sedar tentang tanggungjawab pada agama dan berjihad melawan musuh agar mampu untuk menentang musuhmu yang lain..

Sabda Rasulullah SAW:

"Orang yang berjihad itu adalah mereka yang berjihad menentang nafsunya" (Riwayat Al-Bukhari)

Wallahua'alam...

Peringatan sesama kita, semoga bermanfaat..

Sunday, February 5, 2012

~Ku tak Mahu cintaku Bermusim~

Salam Maulidur Rasul 1433h

Assalamualaikum..w.b.t pembaca blog ku yang dirahmati Allah..

Terima kasihlah atas kesudian kalian membaca sedikit pengisian daripada tinta elektronik melalui ilham atas keizinanNYa jua... Setelah sekian lama tak menjenguk dunia internet, sekali sekala dapat juga ku luangkan masa untuk update blog ku yang kesepian dengan perkongsian ilmu....

Sempena dengan ulang tahun kelahiran kekasih agung Allah SWT iaitu Rasulullah pada tahun 1433H ini, tidak mahu jua aku ketinggalan di antara ribuan bahkan jutaan umat Rasulullah untuk turut sama menyambut dan memberitakan sebagai tanda kasih sayang ku yang tak berbelah bagi padanya...Walaupun tidaklah sebesar mana dan ianya tidak bermusim, cukuplah bagiku untuk ku mengingati Baginda dengan berselawat.. Allahumma solli ala Muhammad..

Kami merinduimu Rasulullah...

Insan yang tidak merasa diri ini layak untuk bertemu Baginda, kadangkala hadir jua rasa cemburu dan sedih di hati ini tatkala melihat dan membaca pengalaman saudara/ri seislam yang bertuah dipilih Allah apabila dapat bertemu dan melihat Rasulullah di dalam mimpi dgn izin Allah SWT..Terlalu banyak sirah mengenai Baginda yang sememangnya mengalirkan airmata melihat sejarah pengorbanan yang dibawa oleh Rasulullah untuk umatnya terlalu besar..

Seandainya memperingati Rasulullah itu hanya pada hari kelahiran saja, ianya tidak mencukupi menjadi bukti kecintaan pada Baginda seandainya diri tak pernah meneladani sirah baginda..itu hanyalah cinta yang bermusim..Nauzubillah Layakkah bertemu dan memohon syafaat daripada baginda? semoga Rasulullah mengenali umatnya di akhirat kelak..Ku harapkan agar diri menjadi sebahagian orang yang bertuah bertemu denganmu Rasulullah walaupun cinta ku tak sebesar asalkan cintaku tak bermusim dan semoga berpanjangan sehingga ajal menjemput......

Saudara seislamku..semoga cintamu tidak bermusim..............Lau kana Bainana..



Wallahualam.


~Musafir Ku Penuh Ranjau~


Assalamualaikum. WBT..


~Di Persinggahan Dunia~

Duhai Hamba Allah....sekiranya kau merasa sunyi dalam jalan dakwah, ingatlah pada Allah Ya Zohir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia yg tercatat dan menjadi rahsia abadi-Nya Ya Bathin(Yang Tersembunyi) di Loh Mahfuz..Dia amat dekat kepada kita, lebih dekat dari urat leher kita sndiri....Dia sentiasa berada disisimu ketika kau kesunyian dan kebuntuan, ketika kau tidak dipedulikan oleh org lain..janganlah merasa gusar bimbang dan sedih tatkala kau kecewa kerana cinta manusia yang tak kekal kerana ada Allah Ya Mukmin( Pengaman) yang akn memberi kau rasa aman dan tenang dalam perjalanan musafirmu sebagai daie...

Sesungguhnya manusia itu sentiasa diuji Allah swt.semakin hebat hambaNya diuji semakin tinggi kasih sayang Allah dan rahmatNYa kepada manusia yang terpilih untuk di uji.. Beruntunglah orang-orang yang meletakkan dirinya menjadi sebahagian tentera-tentera Allah yang sanggup berkorban harta dan jiwa untuk agama Allah.. Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Hai sekalian orang-orang yang beriman. Sukakah kalau saya tunjukkan kepadamu semua akan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan engkau semua dari siksa yang menyakitkan? Yaitu supaya engkau semua beriman kepada Allah dan RasulNya dan pula berjihad fi-sabilillah dengan harta-harta dan dirimu semua. Yang sedemikian itu adalah lebih baik untukmu semua, jikalau engkau semua mengetahui.
`
Allah juga akan mengampunkan dosa-dosamu semua serta memasukkan engkau semua dalam syurga-syurga yang mengalirlah sungai-sungai di bawahnya, demikian pula beberapa tempat tinggal yang indah di syurga 'Adn - kesenangan yang kekal - dan yang sedemikian itu adalah suatu keuntungan yang besar.
`
Ada pula pemberian-pemberian yang Iain-Iain yang engkau semua mencintainya, yaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman." (as-Shaf: 10-13)

Wallahualam...

~Cinta Ilahi~


Assalamualaikum pembaca blog ku...



~Di Persinggahan Dunia~

Manusia yang dciptakan oleh Allah Ya Kholiq Yang Maha Pencipta, sesungguhnya kita ini akan kembali padaNya Allah Ya Mu'id Yang Mengembalikan dan kelak akan dihitung olehNYa Ya Muhshi Yang Maha Menghitung akan segala perbuatan kita di dunia untuk dibalas di akhirat.. Bersama2lah kita berjalan di atas permaidani makrifatullah dengan menyerah diri sepenuhnya kepada Dia Ya Rahman dan Ya Rahim yang sentiasa menyayangi dan mengasihi kita dan mengikut petunjuk Ya Hadi Yang Memberi Ptunjuk..Wallahualam..

Friday, May 27, 2011

~...Azab Bagi Wanita....~

Assalamualaikum.....
Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal) Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat

Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah .
Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis. Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.
Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan
digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kala jengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.


Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.


*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami. "Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fat imah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.


Ampunkan Dosa-dosa kami YA Allah....














~...Istiqamah, Istiqarah dan Istighfar (3i)...~

Muslim sejati akan sentiasa mengingati Pencipta sekalipun berdepan
dengan cabaran UNTUK berdepan cabaran hidup, kita perlu memiliki pegangan dan amalan
iaitu istiqamah, istiqarah dan istighfar.

Istiqamah dapat ditakrifkan sebagai: "kukuh dalam
akidah dan konsisten dalam beribadah". Pentingnya istiqamah ini dapat dilihat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud, dari Abi Sufyan bin
Abdullah berkata, " Aku telah berkata, 'Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku pesan dalam Islam sehingga aku tidak perlu bertanya kepada orang lain selain engkau'. Nabi menjawab: "Katakanlah aku telah beriman kepada Allah kemudian beristiqamahlah' ." (Hadis Riwayat Muslim).

Orang yang istiqamah selalu kukuh dalam akidah dan tidak goyang keimanan
dalam menghadapi h
idupnya. Walaupun ia dihadapkan dengan persoalan hidup, ibadatnya tidak ikut surut. Ia tetap memperhatikan haram halal walaupun sakunya kering atau tebal. Sujud pantang berhenti, sekalipun dicaci dipuji. Ia hidup dalam kenikmatan, namun tidak tergoda melakukan maksiat.

Orang seperti ini dipuji
Allah SWT melalui firman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang mengatakan: 'Tuhan kami ialah Allah' kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan)
: 'Janganlah kamu rasa takut, dan janganlah kamu rasa sedih, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan Allah kepadamu'" ( Fusshilat: 30)

Istiqarah pula dapat didefinisikan sebagai, selalu mohon petunjuk
Allah SWT dalam setiap langkah dan penuh pertimbangan dalam setiap keputusan.

Setiap orang mempunyai kebebasan untuk berbicara dan melakukan suatu
perbuatan. Namun, menurut Islam, tidak ada kebebasan tanpa batas, dan batas itu adalah aturan agama. Maka seorang Muslim yang benar, selalu berfikir berkali-kali sebelum melakukan tindakan atau mengucapkan sebuah ucapan serta ia selalu mohon petunjuk kepada Allah SWT.
Nabi SAW bersabda, "Barang siapa beriman kepada Allah dan
hari Akhirat, maka berkatalah yang baik atau diamlah. (Hadis Al-Bukhari dan Muslim). Orang bijak selalu berkata, berfikirlah hari ini dan berbicaralah esok hari.

Kalau ucapan itu tidak baik apalagi sampai menyakitkan orang lain, maka
tahanlah, jangan diucapkan, sekalipun menahan ucapan itu terasa sakit. Tapi kalau ucapan itu benar dan baik maka katakanlah, jangan ditahan sebab lidah kita menjadi lemas untuk meneriakkan kebenaran dan keadilan serta menegakkan amal makruf nahi mungkar.

Mengenai kebebasan ini, malaikat Jibril pernah datang kepada Muhammad
SAW untuk memberikan rambu-rambu kehidupan. Baginda bersab
da yang bermaksud, "Jibril datang kepadaku dan berkata: 'Hai Muhammad hiduplah sesukamu, tapi sesungguhnya engkau suatu saat akan mati. Cintailah apa yang engkau sukai tapi engkau suatu saat pasti berpisah juga dan lakukanlah apa yang engkau inginkan, sesungguhnya semua itu ada balasannya,' " (Hadis Baihaqi dari Jabir).

Sabda Nabi SAW ini semakin penting untuk diresapi ketika akhir-akhir ini
dengan dalih kebebasan. Banyak orang berbicara tanpa logik dan data yang benar dan bertindak sesuka hati tanpa mengendahkan etika agama.

Kita memasyarakatkan istiqarah dalam segala langkah kita, agar kita
benar-benar bertindak secara benar dan tidak menimbulkan kekecewaan pada kemudian hari.
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan rugi orang yang
beristiqarah, tidak akan kecewa orang yang bermusyawarah dan tidak akan miskin orang yang hidupnya hemat. (Hadis Thabrani dari Anas)

Istighfar pula dapat diertikan sebagai bermuhasabah diri dan mohon ampun
kepada Allah SWT. Setiap orang pernah melakukan kesalahan, sama ada kesalahan individu atau kesalahan sebagai sebuah bangsa. Setiap kesalahan dan dosa itu sebenarnya penyakit yang merosak kehidupan kita, ia harus diubati.


Banyak persoalan besar yang kita hadapi akhir-akhir ini adalah akibat
kesalahan kita sendiri. Muhasabah diri dan pohonlah keampunan kepada Allah SWT. Buatlah pembetulan untuk masa depan yang lebih cerah denga
n penuh keredaan Allah SWT.

Dalam persoalan ekonomi, jika rezeki Allah SWT tidak sampai kepada kita disebabkan kita malas, maka yang perlu diubati adalah sifat malas itu. Kita tidak boleh menjadi umat pemalas. Malas adalah sebahagian musuh
kita.
Namun, ada kalanya kehidupan sosial ekonomi sebuah bangsa yang mengalami kesulitan. Kesulitan itu disebabkan dosa masa lalu yang bertompok dan belum bertaubat darinya. Jika itu penyebabnya, maka satu-satunya ubat adalah beristighfar dan bertaubat.

Firman Allah SWT yang mengisahkan seruan Nabi Hud kepada kaumnya yang bermaksud, "Dan (Hud) berkata, hai kaumku, mohonlah ampun kepada tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa" (Hud: 52)

Sumber: Masjid Bukit Indah Ampang
http://www.masjidbu kitindahampang. com/