Pages

::followers::

MOod ku..


Wednesday, May 18, 2011

Hebatkah aku diuji? Jangan sombong..

Assalamualaikum w.b.t sahabat2 sekalian..simple walk blogging,,(^____^)

Allhamdulillah kali ni aku berkesempatan untuk update blog..telah lama ku tinggalkan sejak bermulanya cuti sem..selama sebulan cuti ni, banyak pengalaman telah aku lalui, temasuklah pentarbiyahan jiwa yang mengajar ku lebih mengenal makna hidup. Mengikuti program perancangan manusia yang cukup banyak, sehingga aku merasakan xcukup untuk menyempurnakan semuanya..huhu..itulah urusan manusia..tidak terhitung rasanya..

Seketika diri mengeluh juga kerana merasa letih, namun tetap jua kugagahi diri ini demi Allah dan Rasul yang bersamaku selalu untuk meneruskan perjuangan. Setiap masa dan waktu yang aku ada, akan sentiasa ku semaikan untuk perjuangan yang ku pilih agar lebih mantap...

Terlalu banyak yang dilalui dalam hidup ini, mengetahui pelbagai sejarah kehidupan manusia, tidak ku sia2kannya melainkan aku mengambil ibrah daripadanya..ada sedih, ketawa, gembira, dan sebagainya, itulah lumrah kehidupan..kadangkala sehingga membuatkan aku mengalirkan airmata kerana dashyatnya kehidupan yang dilalui oleh sesetengah hambaNya yang diuji..

..........................................hebatkah aku di uji? Tak pernah lagi aku diuji sehebat orang lain kerana iman ku yang xselayaknya lagi untuk diuji.. Ya Allah, kerdilnya aku....=(



Allah berfirman:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-ankabut; 2)

No comments:

Post a Comment